Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd atau MODENAS telah memperluas rangkaian pusat perkhidmatan lepas jualannya di negara ini dengan pembukaan pusat “Service Plus” yang kedua khusus di wilayah Pantai Timur.

Terletak di Kuala Terengganu, ianya merupakan cawangan pusat “Service Plus” yang ke-37 di negara ini yang dikendalikan oleh wakil MODENAS, DRZ Motorsport. untuk memenuhi
keperluan pelanggan di negeri Terengganu dan juga di wilayah Pantai Timur.

Majlis perasmian pembukaan pusat “Service Plus” ini telah disempurnakan oleh Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi.

Turut hadir di majlis perasmian adalah wakil-wakil kelab pemilik motosikal MODENAS iaitu Dominar 400 Club Malaysia (D4CM) dan Malaysia Pulsar Owners Club (MPOC) sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap jenama MODENAS.

Bersempena dengan pembukaan rasmi ini, MODENAS turut menganjurkan beberapa aktiviti
termasuk pemeriksaan perkhidmatan servis percuma untuk pelanggan MODENAS dan juga
tunggang uji motosikal Modenas yang disediakan untuk orang ramai.

Menyediakan sokongan tempatan untuk pelanggan kami – Roslan Roskan “Pusat “Servis Plus” dikhaskan untuk memberikan servis dan alat ganti berkualiti tinggi kepada semua pemilik “ street bike” Modenas dengan waktu pemulihan yang cepat.

Ini termasuk pemilik Modenas Pulsar NS160, NS200, RS200, Dominar 400 atau V15. Pusat “Servis Plus” ini dilengkapi dengan semua alat diagnostik terkini untuk pelanggan kami di sekitar Terengganu, oleh itu mereka tidak perlu melakukan perjalanan jauh atau keluar dari Kuala Terengganu hanya untuk servis motosikal mereka.

Sebagai sebahagian daripada matlamat Syarikat untuk memperkukuhkan usahanya untuk
menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, MODENAS mensasarkan untuk
menyediakan sejumlah 40 pusat “Service Plus” menjelang akhir tahun ini.

PenjualServis Plus baru

DRZ Motorsport “Service Plus” terletak di 116C Jalan Chabang Tiga Simpang Tok Ku, 21000
Kuala Terengganu, Terengganu. Pusat “Service Plus” ini beroperasi dari hari Isnin hingga Ahad (Tutup pada hari Jumaat dan Cuti Umum) dari jam 9.00 pagihingga 6.00 petang.