Sifat pemurah dan berbuat baik kepada orang lain sememangnya nilai yang tidak mempunyai sempadan, terutamanya dalam waktu sukar seperti sekarang.

Ianya naluri yang ingin berkongsi kebaikan dengan orang disekelililng dengan niat untuk membantu antara satu sama lain dan Cadbury percaya dalam pedoman “Ada kebaikan pada setiap insan” (There’s Goodness in Everyone).

Sebagai sebuah negara yang dikenali sebagai salah satu daripada 10 negara teratas di
dunia dari segi kemurahan hati, Cadbury Dairy Milk ingin memberi pengiktirafan kepada
sifat pemurah rakyat Malaysia melalui kempen tempatannya, #SaluteTheGoodness.

Pergerakan media sosial ini merupakan sebahagian dari usaha Cadbury untuk menonjolkan
sifat pemurah dan kebaikan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia setiap hari dan memberi
peluang bagi semua untuk berkongsikan pengalaman mereka melalui hashtag
#SaluteTheGoodness dan #GoodnessInEveryone.

Sebagai tambahan kepada kempen #SaluteTheGoodness, Cadbury Dairy Milk di Malaysia
ingin memperkukuhkan lagi jenamanya sebagai jenama yang menginspirasi manusia
sejagat untuk membuat kebajikan dan kebaikan melalui sebuah iklan berjudul “Mum’s
Birthday”.

DeborahHenry #SaluteTheGoodness

Video ini mengisahkan tentang seorang gadis muda yang ingin membeli sekeping coklat Cadbury Dairy Milk sebagai hadiah hari jadi ibunya dengan menggunakan barangan kepunyaannya seperti butang, unikorn dan gelang tangan, yang diterima penjaga kedai
dalam video ini.

Kisah ini memaparkan sifat kebaikan dalam gadis muda serta penjaga kedai tersebut dan ternyata kebaikan masih wujud dalam semua orang.

Jenama coklat kegemaran rakyat Malaysia di bawah pengurusan Mondelēz International ini
telah menyediakan coklat dan manisan enak lebih 70 tahun yang lalu, namun sambutan
kebaikan dan sifat pemurah manusia sejagat telah dimulakan oleh pengasas Cadbury, John
Cadbury semenjak 1905 lagi.

AlexisSueAnn #SaluteTheGoodness

Beliau memberikan satu setengah cawan susu dengan setiap keping coklat Cadbury, walaupun kebiasaannya hanya secawan susu diberi bagi sekeping coklat.

Sikap pemurah John Cadbury inilah yang menjadikan rasa klasik Cadbury Dairy Milk yang enak dan digemari ramai hari ini.

Vikram Karwal, Pengarah Bersekutu, Pemasaran Coklat Asia Tenggara di Mondelēz International berkata, “Cadbury Dairy Milk melambangkan kebaikan serta sifat pemurah
dan ini dicipta melalui hubungan istimewa yang wujud di antara satu sama lain.

Ianya bertepatan dengan pelancaran kempen #SaluteTheGoodness yang selari dengan prinsip asas sifat pemurah dan keaslian dalam waktu yang sangat mencabar ini.

Ianya juga mencerminkan komitmen Cadbury untuk mencipta snek yang dihasilkan oleh pengusaha-pengusaha yang mengambil kira setiap aspek dan memastikan setiap kandungan didapatkan dari sumber yang boleh memastikan kelestarian persekitaran sambil menyajikan produk yang disukai ramai menggunakan kandungan yang asli dan semula jadi.”

Walaupun Cadbury Dairy Milk terus berkembang pesat dalam beberapa dekad ini, logo
ikoniknya, satu setengah cawan kekal sebagai simbol utama jenama ini yang mementingkan nilai kebaikan dan sifat pemurah sejagat.

Dalam identiti yang diperbaharui ini, logo ini dihubungkan terus dengan kepingan coklat bagi menekankan kepercayaan jenama ini bahawa Ada kebaikan pada setiap insan (There’s Goodness in Everyone) serta menonjolkan kualiti dalam kandungan yang digunakan oleh Cadbury.

Selari dengan usaha untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, Mondelēz
International (Malaysia) telah memberi jenama ikonik Cadbury Dairy Milk identiti baharu
yang lebih segar dengan pembungkusan baharu termasuk lambang dalam perkataan yang
dilukis semula, ikonografi serta tipografi baharu, tambahan logo Cocoa Life, dan garis
panduan pemakanan makanan ringan Mindful Snacking yang melambangkan komitmen
syarikat ini untuk kelestarian, pemakanan snek dengan penuh kesedaran dan penggunaan
bahan berkualiti tinggi.

Identiti baharu jenama ini dilancarkan pertama kalinya di Australia pada bulan April, diikuti dengan Afrika Selatan. Malaysia merupakan pasaran Asia Tenggara pertama yang bakal menampilkan wajah baharu ini pada tahun ini.

“Malaysia merupakan pasaran penting bagi kami dan coklat Cadbury Dairy Milk yang ikonik
ini sememangnya disukai ramai di Malaysia. Kami teruja untuk berkongsi wajah dan
pembungkusan baharu kami di sini terlebih dahulu.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami merujuk kembali dengan asal usul kami bagi menghidupkan semula nilai-nilai asas Cadbury melalui cara-cara yang relevan dan menarik bagi pengguna hari ini.

“Itulah sebabnya identiti baharu ini didasarkan pada maksud asal tujuan jenama ini ditubuhkan iaitu untuk menyebarkan kebaikan dan sifat pemurah serta meraikan produk unik kami dan aset khas ikonik dengan cara yang moden,” katanya.

Pembungkusan baharu ini juga bakal memaparkan logo Cocoa Life sebagai pengukuhan
komitmen syarikat ini untuk mendapatkan semua kandungan kokonya secara mapan.

Selari dengan tujuan Mondelēz Internationals iaitu ‘Snacking Made Right’, program kelestarian Cocoa Life merupakan agenda penting jenama ini semenjak lapan tahun yang lalu, membantu melatih lebih daripada 140,000 petani koko untuk menjaga alam persekitaran; membantu untuk menanam 1.2 juta pokok di kawasan penanaman koko di seluruh dunia dan memastikan penanaman koko merupakan aktiviti berdaya maju untuk menjamin punca pendapatan komuniti tersebut dijaga.

Rangkaian pertama yang bakal menggunakan identiti baharu Cadbury Dairy Milk ini
merupakan kegemaran rakyat Malaysia iaitu CADBURY DAIRY MILK 165g, yang kini boleh
didapati di pasar raya besar dan pasar raya utama seluruh negara.