Enginemailer, platform awan bersepadu yang be berasal dari Malaysia yang mampu untuk
mengendali berjuta-juta e-mel sebulan telah bekerjasama dengan MDEC untuk
membantu usaha digitalisasi Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) tempatan melalui
pemasaran e-mel.

Enginemailer sedang menawarkan konsultasi percuma kepada PKS yang ingin memohon geran MDEC melalui perkhidmatan mereka yang merangkumi perancangan komunikasi, latihan staf dan sokongan berterusan selepas tempoh 12 bulan.

Syarikat yang mengunapakai perkhidmatan Enginemailer akan dilengkapi dengan perisian untuk menyampaikan pesanan mereka kepada pelanggan-pelanggan melalui kempen e-mel
yang cekap.

Walaupun kebanyakan syarikat telah beralih ke media sosial untuk tujuan pemasaran, e-mel tetap memainkan peranan penting bagi PKS yang ingin menjangkau pelanggan mereka secara efektif tanpa harus bersaing dengan syarikat yang mempunyai belanjawan besar.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat seperti Enginemailer memenuhi keperluan pesaing kecil yang ingin mendapatkan ROI terbaik melalui pemasaran e-mel.

“Laporan Statista 2020 menganggarkan bahawa pengguna e-mel global pada tahun 2019 dijangka mencapai 4.3 bilion pada tahun 2023, meningkat 400 juta dari tahun 2019,” kata Jeffri Shahul Hamid, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Enginemailer.

Enginemailer dilantik sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi (Technology Service Provider) yang mengkhususkan diri dalam perkhidmatan pemasaran e-mel hujung ke
hujung untuk PKS yang ingin menjangkau khalayak sasaran mereka dengan lebih
berkesan.

Kerajaan telah mengumumkan Geran Digitalisasi Perniagaan PKS semasa Belanjawan
2020 sebagai inisiatif yang membolehkan PKS memohon geran sebanyak 50% sepadan dengan keperluan mereka (dibatasi pada RM5,000) untuk menerima pakai sebanyak tiga daripada lima Bidang Digitalisasi Utama yang disampaikan oleh Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) yang diluluskan oleh Kerajaan.

Dengan lebih daripada 3,000 pelanggan dari seluruh dunia, Enginemailer menawarkan
pengurusan pangkalan data, pemasaran e-mel dan perkhidmatan e-mel transaksi. Ciri-ciri gabungannya memberikan penglibatan pelanggan yang lebih baik di seluruh spektrum pemasaran dan automasi e-mel – dengan antara muka seret dan lepas yang mudah namun kuat, analisis data canggih dan set lengkap persepaduan API.

Pelan langganan fleksibel mereka adalah sesuai untuk individu, perniagaan kecil dan
sederhana dan syarikat-syarikat yang ingin meningkatkan qualiti hubungan mereka
dengan pelanggan.

Pihak yang berminat boleh mengetahui lebih lanjut dengan melayari https://www.enginemailer.com/mdec-sme-digital-grant