Pada 1 Ogos lalu bersamaan bersamaan 11 Zulhijjah 1441H, Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur telah menganjurkan program Ibadah Korban @ Aqiqah 2020 melibatkan 12 ekor lembu dan 15 ekor kambing.

Ibadah korban telah disempurnakan di Baitul Hasan Kuala Lumpur iaitu 3 ekor lembu dan 15 ekor kambing.

Manakala di negeri lain seperti Kelantan (3 ekor lembu) dan masing-masing seekor lembu di Sabah, Negeri Sembilan, Kedah, Aceh, Indonesia, Patani Thailand dan Kemboja.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, kesemua daging korban telah diagihkan kepada asnaf fakir miskin, penduduk kampung dan para jemaah.

“Terima kasih atas penyertaan ibadah korban muslimin dan muslimat bersama Baitul Hasan. Semoga Allah swt menerima semua amalan kita dan memberikan ganjaran pahala yang besar di akhirat kelak.

“Teruskan usaha membantu asnaf dan jumpa lagi di ibadah korban tahun hadapan. Ingat korban…ingat Baitul Hasan, ‘Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami,” katanya lagi.