Acer Day disambut secara dalam talian pada tahun ini; mengekalkan beberapa promosi menarik, hadiah percuma, dan keseronokan bersempena acara tahunan ini.

Norma baharu bukan penghalang untuk Acer Malaysia meraikan sambutan Acer Day, satu acara tahunan yang dikenali dan diikuti oleh rakyat Malaysia. Acer Malaysia mengadakan acara tersebut secara dalam talian pada tahun ini, namun masih mengekalkan kepelbagaian permainan, promosi, cabutan bertuah, cabaran #FeeltheVibeWithAcer dan pelbagai aktiviti lain.

Bersempena dengan Acer Day yang bakal disambut, Acer Malaysia turut mengumumkan komputer riba permainan video popular yang diberi nafas baharu iaitu Predator Helios 700 dan Helios 300.

“Tahun 2020 menandakan edisi keempat Acer Day dan kami mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai sambutan ini bersama-sama di dalam talian yang bertemakan “Feel the Vibe”.

Ketika diperingkat perancangan, langkah berjaga-jaga dititikberatkan dan kami memutuskan bahawa kita tidak akan melaksanakan jerayawara di beberapa negeri untuk keselamatan para pelanggan.

Kami percaya acara dalam talian juga tidak akan kurang seronok dan meriahnya untuk orang ramai. Selain daripada permainan dan hadiah, kami menganjurkan Super Brand Day selama 3 hari di Shopee dari 2 hingga 4 Ogos 2020.

Dianjurkan hanya untuk tempoh istimewa ini, terdapat promosi Massive Deal di mana potongan harga sehingga 83%, dan baucar Shopee sehingga RM200 ditawarkan,” menurut Johnson Seet, Pengarah Urusan Pelanggan, Pemasaran dan Produk, Acer Malaysia.

Acara Acer Day akan diadakan di Facebook Acer Malaysia pada 2 Ogos 2020 jam 3 petang. Untuk menambahkan lagi keriangan, Acer menyediakan persembahan daripada Linora, Pong Pong dan Cikidot, di samping acara tumpuan ramai iaitu sesi cabutan bertuah.

Tersedia untuk para pelanggan adalah hadiah-hadiah bernilai lebih RM22,000 termasuklah Predator Helios 300 (PH315-52-59CY) dan sebuah Predator Triton 700 (PT715-51-74MY).

Bagi menyerikan lagi acara Acer Day ini, sesi Acer Bid & Shop akan diadakan bertujuan mengumpul dana untuk Yayasan Dignity for Children Foundation.

Bermula dari 1 Ogos 2020 hingga 30 September 2020, para pelanggan yang membeli model-model Acer terpilih dari kedai dalam talian atau fizikal akan diberikan ganjaran penyertaan “Buy and Win Lucky Draw” dan hadiah tambahan yang berjumlah sehingga RM500,000.

Para pelanggan hanya perlu hantarkan resit ke laman web www.a-redemption.com untuk menebus hadiah, dan mendaftarkan untuk menyertai “Buy and Win Lucky Draw” yang mana hadiah yang tersedia berjumlah sehingga RM26,000.

Antara hadiah yang boleh dimenangi adalah komputer riba permainan video Predator, Acer Swift 7, monitor dan alat dengar permainan video. Pemenang bertuah akan dipilih dalam siaran langsung di Acer Malaysia Facebook, yang akan turut disiarkan dari Facebook MasterRamen, ChuChu Gaming, Spartanker, dan Alicia Tan pada bulan Ogos dan September.

Antara aktiviti yang tersedia untuk semua peserta:

● ‘Battle of the Series’: Acer Day ‘Feel the Vibe’ bermula dengan ‘Battle of the Series’ pada 22 Julai 2020 yang membolehkan rakyat Malaysia mengundi pakej promosi kegemaran mereka di Acer Malaysia Facebook.

Promosi yang mendapat undian tertinggi akan disedia adakan secara ‘Limited-Time Offer’ di Kedai Shopee Rasmi Acer <https://shopee.com.my/acer_os_my> pada 3 Ogos 2020.

● ‘5 Days Check-in Gam’: Membolehkan peminat Acer menebus Hadiah Eksklusif Acer Day dengan hanya menyertai tugasan harian di www.a-redemption.com bermula 29 Julai 2020. Tiada pembelian diperlukan untuk penyertaan atau memenangi hadiah.

● Cabaran #FeeltheVibeWithAcer: Peserta hanya perlu memuat naik video pendek di Facebook atau Instagram yang memaparkan peserta menari mengikut irama lagu ‘Feel The Vibe’, meletakkan hashtag #FeeltheVibeWithAcer dan tagkan @AcerMalaysia di Facebook atau @my_acer di Instagram untuk berpeluang memenangi hadiah utama, ConceptD 3 Pro dan wang tunai bernilai RM1,000. Lagu boleh didapati di TikTok bermula 2 Ogos 2020.

Tiada pembelian diperlukan untuk menyertai cabaran ini yang berlangsung dari 2 Ogos hingga 30 Ogos 2020.

● ‘Massive Deal’: Potongan harga sehingga 83% (!!) pada 12 tengah malam 3 Ogos 2020 akan berlangsung di Shopee “Shocking Sale” untuk barangan terpilih seperti Predator Gaming Chair* (dari harga runcit RM1,999 ke hanya RM340!) dan papan kekunci Predator Aethon 300 (daripada RM399 turun kepada RM68).

Sebuah produk lagi adalah monitor EB192Q B yang hanya berharga RM44.03 semasa Massive Deal. Stok adalah terhad.

● Hadiah Hari Jadi Ogos: Istimewa kredit RM50 Touch ‘n Go eWallet kepada pelanggan yang dilahirkan pada bulan kemerdekaan yang membuat pembelian lebih RM1,800.

Predator-Helios-700

Predator Helios 700 – Calon Pengganti Komputer Meja Mudah Alih

Predator Helios 700 versi baharu yang diumumkan semasa sidang media global [email protected] pada Jun 2020 kini dibuka untuk pra-tempah khas di Malaysia. Harga bermula dari RM12,999 bergantung pada spesifikasi.

Predator Helios 700 menampilkan papan kekunci ikonik sliding HyperDrift dan dilengkapi dengan overclockable Intel Core i9-10980HK Generasi ke-10 atau pemproses i7-10875H dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER atau RTX 2070 SUPER.

Bagi memastikan jentera permainan ekstrem ini berada pada prestasi terbaik, Acer menyediakan penyelesaian termal baharu bagi menpertingkatkan keupayaannya– yang dikenali sebagai Predator PowerGem.

Kebiasannya Predator PowerGem disediakan dalam model yang mempunyai pemprosesan Intel Core i9. PowerGem, adalah termal interface material (TIM) khas yang direka dengan kecekapan tinggi dalam pengaliran haba, menghasilkan konduksi haba menegak 3.83 kali lebih tinggi daripada tembaga.

PowerGem ditambah pada lima paip haba tembaga yang sedia ada, Acer CoolBoost Technology, ruang wap dan dua kipas 3D Gen AeroBlade TM keempat milik Acer yang disertakan bersama Predator Helios 700.

Secara keseluruhan, prestasi CPU akan dimanfaatkan daripada teknologi Acer
baharu ini. Dengan paparan 17.3 inci 144 Hz FHD IPS dengan teknologi NVIDIA G-SYNC®, Predator Helios 700 memboleh para pemain untuk memulakan komputer riba terus ke tahap prestasi yang lebih tinggi bagi mendapat pengalaman permainan video yang lancar.

Didatangkan dengan dua port Thunderbolt 3, Predator Helios 700 mampu dilengkapi dengan memori 2933 Hz bersaiz 64GB dan sehingga dua PCIe NVMe Solid State Drives cepat bagi memastikan kepantasan, ditambah lagi dengan Killer DoubleShotTM
Pro terbaharu akan memastikan aplikasi yang memerlukan kelajuan dapat keutamaan jalur lebar.

* Predator Gaming Chairs yang ditawarkan dalam Massive Deal adalah unit demo

Pencahayaan RGB mengikut kekunci dan papan kekunci anti-ghosting dalam Predator Helios 700 kini dinaik taraf dengan suis mekanikal MagTek untuk kekunci WASD dan satu set baharu kekunci perlumbaan yang menawarkan ketepatan yang lebih tinggi.

Para pemain boleh memilih kekunci yang terbaik untuk mereka dengan menukarkan standard kekunci WASD kepada MagForce atau kekunci perlumbaan.

Dengan kelengkungan 1.5mm papan kekunci yang dibina untuk permainan perlumbaan, ia membolehkan pemain membuat pergerakan yang lebih halus dan terkawal dalam permainan.

Pemain boleh menyesuaikan titik pencahayaan dan titik pengaktifan melalui aplikasi Predator Sense atau dengan menekan kekunci P3.

Predator-Helios-300

Predator Helios 300 –Komputer Riba Terbukti Semasa Pertandingan Pada Harga Mampu Milik

Predator Helios 300 adalah model komputer riba yang popular dalam kalangan pemain yang mencari gameplay bebas-kabur kerana paparan 15.6 inci bingkai nipis FHD IPS yang menyokong kadar muat semula (refresh) dan tempoh respon 3ms.

Selain pemproses terkini Intel® CoreTM Generasi ke-10, komputer riba permainan video ini dimuatkan dengan 8GB RAM boleh dinaiktarafkan ke 32GB RAM dalam dwi-saluran (dual channel) dan 512GB PCIe NVMe SSD.

Ia menjangkakan keperluan masa depan para pemain dengan slot M.2 tambahan dan slot HDD dengan kit naiktaraf HDD tersedia dalam kotak.

Bagi memastikan penggunaan jalur lebar mengikut keutamaan, Killer DoubleShotTM Pro beserta Intel®Wireless Wi-Fi 6 dan Killer Ethernet E2600 meningkatkan kepantasan, kestabilan rangkaian dan prestasi bagi membolehkan pemain menggunakan setiap kelebihan dalam pertempuran yang paling hebat.

Predator Helios 300 membolehkan pemain menakluk dunia baharu dengan memanfaatkan potensi sebenar dengan menampilkan Teknologi Kipas 3D AeroBladeTM terbaharu untuk penyejukan yang berkesan sambil mengurangkan kadar bunyi secara keseluruhan.

Setelah terbukti menerusi pelbagai kejohanan eSukan di Malaysia, Predator Helios 300 yang diperbaharui ini hadir dengan pilihan pemproses Intel® CoreTM i7 Generasi ke-10 atau pemproses i5 digandingkan dengan grafik GeForce RTX 2060 untuk memenuhi keperluan para pemain.

Dari aspek rekaan, Predator Helios 300 mengubah pembesar suara ke atas dan port pengecaj di belakang peranti.

Harga runcit bermula dari RM4,599 dan ia akan mula dijual dengan kadar segera di semua stor dalam talian rasmi Acer dan semua pengedar sah di seluruh negara mulai 2 Ogos 2020.