Dengan pelancaran SmartDrive Safe – iaitu Insurans Motor Telematik pertama di Malaysia yang  dilengkapi dengan Microtag tanpa wayar dan sumber kuasa sendiri, AXA memudahkan pemandu untuk mendapatkan bantuan segera, hanya dengan satu sentuhan butang.

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) sekali lagi memacu inovasi dengan menawarkan perlindungan jalan raya yang segera hanya dengan satu sentuhan butang.

AXA hari ini (28 Julai 2020) telah mengumumkan pelancaran SmartDrive Safe, satu pelan insurans motor yang  berinovatif bertujuan untuk mempromosikan tabiat pemanduan selamat dan memberikan ketenangan fikiran semasa memerlukan.

Pelan ini dilengkapi dengan peranti Microtag tanpa wayar dan sumber kuasa sendiri yang boleh dipasang dengan mudah di mana-mana sahaja dalam kenderaan.

Ia secara automatik dihubungkan dengan aplikasi mudah alih SmartDrive Safe melalui Bluetooth untuk Pengenalpastian Pemandu Automatik.

Sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, kerosakan kenderaan atau kecemasan, bantuan akan diberikan dengan segera. Pemandu hanya perlu menekan Microtag untuk mendapatkan bantuan segera daripada profesional yang dipercayai bagi meredakan kebimbangan mereka semasa menghadapi situasi yang sukar.

eCall –  Notis Kemalangan Automatik &  Respons Bantuan Kecemasan
Apabila kenderaan mengalami kemalangan yang teruk dan mencetuskan penggera, pemandu akan segera menerima panggilan untuk bantuan serta merta seperti penghantaran ambulans.

bCall
Sekiranya kereta rosak atau memerlukan servis kecemasan, pemandu hanya perlu menekan butang SOS pada Microtag untuk menerima bantuan segera dari Pusat Panggilan 24/7.

Penggera Pemanduan Selamat
Penggera bunyi bip yang mesra masa nyata berfungsi untuk memberitahu pemandu mengenai tabiat tidak selamat, mengelakkan gangguan telefon dan memandu melebihi had laju di samping memastikan keselamatan penumpang.

Pelancaran SmartDrive Safe menunjukkan kesungguhan AXA dalam melindungi kepentingan rakyat Malaysia dengan memberikan nilai tambahan dan pengalaman atas jalan raya yang selamat serta menyumbang kepada peningkatan keselamatan jalan raya di negara ini.

Menyedari hakikat bahawa keselamatan jalan raya merupakan isu yang mendapat perhatian serius di Malaysia, Jeremy Yeap, Ketua Pegawai Peruncitan AXA berucap semasa pelancaran maya SmartDrive Safe:

“Kami memahami kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan kami terutamanya ketika berlaku kecemasan di jalan raya, kemalangan atau kerosakan kereta. Saat genting seperti itu menjadi titik tolak yang penting bagi kami untuk  menjamin  keselamatan dan ketenangan fikiran pelanggan dan kami ingin meyakinkan mereka bahawa mendapatkan bantuan segera adalah semudah satu sentuhan butang.”

Katanya, “Dalam memainkan peranan kami untuk menggalakkan tabiat pemanduan yang berhemah dan menyumbang kepada jalan raya yang lebih selamat di Malaysia, SmartDrive Safe akan memberi ganjaran kepada pemandu yang memandu dengan selamat, berdasarkan kelajuan, tabiat membrek, membelok dan sekerap mana mereka menggunakan telefon sewaktu memandu.

Mata ganjaran yang diperoleh untuk pemanduan selamat boleh digunakan untuk menebus e-baucar melalui aplikasi SmartDrive Safe. Kami berharap dengan sistem ganjaran ini, pemandu akan lebih bersemangat untuk mengubah atau memperbaiki tabiat pemanduan mereka.

SmartDrive Safe menawarkan perlindungan motor yang menyeluruh dengan Elaun Bantuan Banjir sehingga RM1,500, Perlindungan Penjagaan Kunci sehingga RM1,500, Khidmat Tunda Kecemasan 24/7 yang percuma sehingga 200km, Perluasan untuk Semua Pemandu dan banyak lagi.

Dengan aplikasi mudah alih SmartDrive Safe, pelanggan dapat mengemukakan tuntutan kemalangan dengan mudah untuk proses yang lebih pantas, mencari lokasi gandingan terakhir kenderaan mereka, melihat skor pemanduan mereka, mendapatkan tips pemanduan, menyemak dan menebus Mata Pemanduan Selamat dan banyak lagi – semuanya hanya di hujung jari mereka!

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.axa.com.my/safe atau pelancaran maya berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/MYAXAAffin/videos/287758155830653/?v=287758155830653

YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=g6waVOfnieM