OURSHOP, platform e-dagang oleh syarikat logistik AirAsia, Teleport menggunakan sumbernya untuk membantu petani tempatan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

OURSHOP melancarkan kategori baharu yang dinamakan OURFRESH yang menawarkan produk segar dan sejuk beku terus dari sumber dengan penghantaran ‘dijamin sampai esok’ untuk pelanggan di Lembah Klang.

“Kami lihat produk segar dan sejuk beku semakin berkembang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jadi, kami memperkenalkan kategori OURFRESH di bawah platform e-dagang ini dengan kemudahan penghantaran pada keesokan hari dan harga yang kompetitif sebagai kelebihan utama kami.

Kami mahu pengeluar tempatan berkembang lebih jauh daripada pasaran tradisional dan menghubungkan mereka kepada pelanggan baharu dengan perkhidmatan penghantaran yang dijamin sampai esok.

“Kami akan bermula dari Lembah Klang dan akan meluaskan perkhidmatan ini di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak sebelum ke rantau Asean.

“Semua peniaga di platform kami juga akan diberikan peluang untuk mendaftar kursus bagi menggiatkan dan menambah baik sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) oleh Redbeat Academy bersama Google tanpa sebarang  caj,” kata Ketua Pemasaran OURSHOP Grace Chin.

FAMA adalah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang bertujuan untuk menambah baik pemasaran bagi produk makanan pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan produk industri asas tani dan memastikan ianya boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

Dato’ Abdul Ghariff Ramin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA berkata, “Apabila pandemik COVID-19 melanda negara, terdapat bekalan pertanian berlebihan yang tidak terjual. Sejak pasar tani tidak boleh beroperasi seperti biasa disebabkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), alternatif lain seperti Pasaran Segar Terkawal (PST) telah diperkenalkan.

Kerjasama di antara FAMA dan OURSHOP akan memberikan manfaat platform e-dagang yang dapat membantu dan meluaskan bisnes pertanian lebih jauh serta memberi nilai yang berpatutan kepada pelanggan.”

Bagi menyokong objektif ini, OURSHOP telah mendaftar sebagai pedagang Agrobazaar Malaysia, di bawah FAMA.

Usaha ini bagi menyediakan bantuan dalam e-dagang untuk membantu para petani dan peniaga di bawah FAMA dari segi pemasaran. OURSHOP akan memaparkan lebih 200 produk petani dari pelbagai kategori termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, daging dan ikan. Para petani bertempat di Semenanjung Malaysia melalui Pusat Operasi Negeri FAMA.

Dari sekarang hingga 31 Julai, pelanggan di Lembah Klang boleh menikmati penghantaran percuma dengan OURSHOP. Selain itu, nikmati jualan istimewa pada 7 Julai hanya untuk satu hari dengan diskaun sehingga 70%*.

Untuk mendaftar sebagai pedagang OURSHOP, sila layari https://forms.gle/rxDW7rm25Mjs86c58

Untuk maklumat lanjut mengenai OURSHOP, sila layari https://www.ourshop.com

*Diskaun maksimum dihadkan kepada RM20. Tertakluk pada terma dan syarat.