Pada 4 Julai 2020, Perodua Brunei telah memperkenalkan varian Myvi 1.3L G versinya sendiri, dikenali sebagai Edisi S merangkumi kit badan yang dipertingkatkan dan diperolehi sendiri oleh pengedar sah kami, GHK Motors.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya telahpun berinteraksi dengan GHK Motors untuk mendapatkan maklumat yang
lebih lanjut mengenai varian itu dan untuk memastikan penambahan kepada varian ini memenuhi piawaian ditetapkan.
Berdasarkan maklum balas daripada GHK Motors, pengenalan Myvi Edisi S ini adalah percubaan mereka untuk memperkenalkan varian yang lebih bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran di sana.
“Kami memahami bahawa pengenalan Myvi Edisi S telah menimbulkan kekeliruan para pelanggan setia kami dan kami berharap agar kenyataan ini dapat menjelaskan perkara tersebut,” katanya.