Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa mengadakan perbincangan dengan Imam Besar Masjid Wilayah Ustaz Mahayuddin Aziz, semalam.

Pengerusi NGO Antarabangsa, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, perbincangan mengenai isu-isu dakwah dan pembangunan umat Islam di Malaysia serta antarabangsa turut dibincangkan.

“Perbincangan juga menyentuh kepada isu-isu terkini yang berlaku kepada umat Islam di peringkat antarabangsa termasuk negara-negara Asean.

“Selain itu, program menghidupkan masjid selepas wabak COVID-19 juga turut dibincangkan bertujuan menarik lebih ramai anak-anak muda ke masjid dengan keadah baru dan SOP baharu bagi digariskan oleh Kerajaan

“Dengan cara ini, kita berharap dapat melahirkan insan yang berwibawa kelak,” katanya.

Ustaz Mahayuddin berkata demikian ketika mengadakan perbincangan tertukar tukar pandangan dengan Dato Dr Mustapha Ahmad Marican di Pejabatnya Masjid Wilayah. Turut hadir Dato Tuan Asmawi Tuan Umar.

Beliau amat berbesar menerima pandangan mana-mana NGO yang baik untuk pembangunan Masjid dan berharap lebih ramai anak-anak muda dapat bersama-sama menghidupkan pelbagai program di masjid dan membuka ruang untuk pelancong melawat Masjid supaya mereka dapat mengenali Islam lebih dekat lagi.

Menurut ustaz Mahayuddin, Mustapha mempunyai pengalaman menarik apabila berjaya membina beberapa buah masjid, surau dan sekolah agama di kemboja.

“Pusat anak-anak di Thailand jadi pengalaman ini kita ambil maklum untuk bertukar tukar pandangan kerana kebolehan beliau ini jarang-jarang kita temui tambahan pengalaman beliau pelbagai jawatan dalam kerajaan banyak membantu beliau dalam banyak misi kebajikan dan kemanusiaan di luar negara,” katanya.