Maxis, Faizal Tahir, Zee Avi dan banyak lagi bekerjasama dalam video muzik pertama di Malaysia untuk menukar perkongsian sosial menjadi sumbangan

Semua rakyat Malaysia dijemput untuk memberi sumbangan dengan hanya perlu mendengar dan berkongsi video muzik, untuk disalurkan ke Yayasan Kebajikan Negara untuk usaha amal yang berkaitan dengan COVID-19 sebagai sebahagian daripada Kempen #KitaSapotKita Maxis

Ketika negara mencecah bulan pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia telah melalui pelbagai kesan, terutama mata pencarian mereka.

Dalam fasa kedua Kempen #KitaSapotKita, Maxis telah bekerjasama dengan 12 artis tempatan, termasuk Faizal Tahir dan Zee Avi, untuk menghasilkan video muzik baru, “Make It Through”, yang memberi peluang kepada orang ramai untuk secara aktif menyokong sesama rakyat Malaysia dengan mengubah perkongsian sosial menjadi sumbangan untuk mereka yang memerlukan.

“Kempen kami didorong oleh muzik yang berbicara kepada kita semua tentang keadaan yang kita harungi sekarang. ‘Make it Through’ membicarakan mengenai mengatasi kesukaran bersama-sama sebagai sebuah negara dan menyimpan harapan untuk hari esok yang lebih baik – harapan kita di Maxis adalah untuk menyatutkan rakyat Malaysia untuk saling membantu dengan mendengar dan berkongsi lagu ini.

“Kami berterima kasih kepada banyak pihak yang terlibat dalam melancarkan kempen dan video ini – semua artis tempatan berbakat kami, XENO Entertainment, Astro, dan semua yang memberi inspirasi kepada kami,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama & Pemasaran, Maxis.

Rakyat Malaysia dapat menyokong dan berjanji untuk tujuan ini dengan tiga cara:

1. Dengarkan video muzik rasmi ‘Make It Through’ di YouTube. Semakin kerap dimainkan,
semakin tinggi pendapatan iklan yang dihasilkan.
2. Strimkan lagu rasmi ‘Make It Through’ di Spotify, Apple Music dan Joox. Semakin banyak kali penstriman, semakin tinggi pendapatannya.
3. Beli & “Make It Through”; Nada Dering Pemanggil eksklusif Maxis melalui langganan bulanan.

Semua hasil yang didapati akan disalurkan ke Yayasan Kebajikan Negara untuk usaha amal
berkaitan COVID-19.

Melancarkan video muzik dan kempen janji hari ini bersama Tai ialah Veerasimir Prashan
Chitty, Pengarah Urusan XENO Entertainment, Faizal Tahir, Zee Avi, Asad Motawh, Nabila
Razali, Alyssa Dezek, Nanasheme, dan Wafiy melalui majlis media maya.

Video muzik tersebut akan dilancarkan di YouTube, Spotify, Apple Music dan Joox. Semakin
banyak video dimainkan dan dibeli, semakin tinggi sumbangannya untuk membantu mereka yang terkesan dengan wabak tersebut.

Disokong oleh rakan media rasmi, Astro TV dan Astro Radio, Maxis juga akan mempromosikan kempen di semua platform Astro, oleh artis-artis tersebut sendiri dan saluran media sosial Maxis.

Orang ramai juga boleh menunjukkan sokongan mereka dengan berkongsi dan terus mendapat maklumat melalui kempen #KitaSapotKita di laman web Stay Home, Stay Connected.

Bukan itu sahaja! Rakyat Malaysia juga dapat mengambil bahagian dalam video muzik ‘Make it Through – Malaysian’ dengan langkah mudah berikut:

1. Buat bentuk hati pada sehelai kertas. Ini boleh jadi lukisan yang senang, atau anda
boleh kreatif dengan reka bentuk dan mesej anda.
2. Rakam video anda dengan memberi “hati” dari kanan hingga ke kiri anda seolah-olah
anda menyalurkan harapan dan kasih sayang kepada sekeliling anda
3. Muat naik video di akaun Instagram peribadi anda dengan hashtag #KitaSapotKita.

Pastikan akaun Instagram anda ditetapkan untuk khalayak umum. Maxis akan memilih kira-kira 100 video dari kiriman Kandungan yang Dihasilkan Pengguna (UGC) ini dan mengubahnya menjadi montaj video muzik khas. Kiriman akan dipilih berdasarkan siapa cepat dia dapat, dan ditutup pada 1 Mei 2020.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif dan insentif Maxis ketika MCO, pelanggan
boleh melayari http://www.maxis.com.my/kitasapotkita, https://www.hotlink.com.my/ atau menghubungi 123 dari telefon bimbit mereka atau 1 800 82 1123 dari talian tetap mereka.

Maxis ingin mendorong semua orang awam untuk terus kekal selamat, sihat dan berhubung.