Episod perdana PUBG ALLSTARS yang dilancarkan Jumaat (3 Mac 2020) lalu di saluran YouTube rasmi TODAK TV, meraih jumlah tontonan hampir 100,000 penonton dalam tempoh kurang 48 jam.
Tanpa publisiti meluas mahupun pembabitan pelakon profesional, pencapaian ini amat membanggakan, kerana PUBG ALLSTARS merupakan drama siri web juga ‘original series’ terbitan TODAK TV yang mengetengahkan genre ‘gaming’ di dalam kehidupan realiti.
Produser PUBG ALLSTARS, Mohd Ikmal Fareeq (Fareeq), berkata, pihaknya berasa terharu dengan sambutan yang diberikan peminat PUBG dan pengguna YouTube.
“Saya percaya sambutan hangat episod pertama PUBG ALLSTARS, sokongan datang dari kelompok penggemar sukan elektronik (E-Sukan) PUBG, pangguna YouTube termasuk pengikut serta peminat tegar Youtuber terkenal yang merupakan bintang utama juga penggerak jalan cerita ini.
“Mungkin juga ramai yang berminat menonton PUBG ALLSTARS ini kerana genre seumpama ini belum pernah disaksikan dalam mana-mana drama atau filem. Ia merupakan idea asal yang dibangunkan pihak TODAK TV sendiri,” katanya.
Katanya, siri web yang ditayangkan setiap Jumaat, jam 9 malam itu masih berbaki empat episod dan pihak berharap sambutan untuk episod seterusnya akan mengalami peningkatan jumlah tontonan yang lebih besar.
Memilih permainan PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBG Mobile), sebagai teras cerita, TODAK TV telah mengkaji demografik permainan video ini yang kemudiannya diangkat sebagai E-sukan melalui penganjuran Kejohanan Kebangsaan Mudah alih PUBG Mobile (PMNC) yang menawarkan ganjaran lumayan.
Menyedari komuniti PUBG cukup besar bahkan di seluruh dunia, TODAK TV berasa tertarik untuk menterjemahkannya dalam kehidupan realiti.
“Siri Web ini sebagai satu lagi kelainan yang dibawakan TODAK, seiring reputasi kami sebagai sebuah produksi yang sentiasa menghasilkan program-program kreatif, sekaligus dedikasi TODAK terhadap E-sukan selama ini.
“Menerusi aplikasi permainan PUBG, boleh di lihat setiap pasukan mempunyai ragam tersendiri dan perancangan strategi masing-masing yang belum tentu membawa kemenangan kepada mereka.
“Bersesuaian dengan kandungan program ini, kami tidak menggunakan pelakon komersil atau wajah popular sebagai tarikan, sebaliknya mengetengahkan individu yang sangat dekat dengan E-Sukan ini.
“Mereka ini juga merupakan selebriti media sosial dan YouTube yang sangat terkenal dan berpengaruh di Malaysia, mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai,” katanya.
YouTuber yang membintangi siri web ini, antaranya Zuikee, Alieff Irfan, Kokom, Nasz Kenyang dan Inderawasih. Manakala pelakon tambahan terdiri daripada pasukan MTAS, Rosenicotine dan ramai lagi.
Kenali pasukan PUBG ALLSTARS
1. Team Noob
Ciri khas/ Keunikan:
– Kalah sentiasa itu visi dan misi kami
– Strategi yang kurang mengena dan selalu lari daripada fokus
– Suka pakaian yang cantik dalam PUBG
2. Team Cocombees
Ciri khas/Keunikan:
– Misi kekalahan selalunya datang daripada Aziz
– Mempunyai rakan yang pentingkan diri dalam team akan menyumbangkan kekalahan
– Tapi masih bersahabat. (team menerima kelebihan dan kekurangan rakan)
3. Team Elite
Ciri khas/Keunikan:
– Penampilan 1st! Chicken Dinner no. 2! dan Sentiasa Lagg
– – Senario yang selalu berlaku. Tengah main game mesti ada yang lagg.
– “Kadang-kadang yang menjatuhkan kita tanpa kita sedari adalah diri kita sendiri”
4. Team Zukie
Ciri khas/Identiti
– Senyap, tapi menyengat
– Kena pandai atur strategi
– Ketua harus berani untuk tukar strategi bila perlu.
5. Team Pro
Ciri khas/Identiti
– Sebuah pasukan yang tiada belas kasihan, Kill for fun.
– Kadang-kadang riak akan memakan diri.
– “Orang yang noob saja mati kena langgar kereta”.
– – Team padu yang sokong satu sama lain
6. Hacker
Ciri khas/Identiti
– Intention Unknown
– Mysterious