Syarikat patuh pada keperluan PKP untuk membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19

Bermula 18 Mac 2020, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana telah menyebabkan berlakunya perubahan operasi yang ketara bagi semua syarikat.

Work from home activities from Proton staff

Dalam usaha untuk memastikan operasi harian syarikat berjalan lancar, Proton telah mematuhi keperluan PKP seperti yang ditetapkan untuk membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19 di Malaysia.

Pada masa sama, syarikat juga mendapat kelulusan daripada agensi-agensi berkaitan untuk meneruskan operasi penting yang dijalankan oleh pekerja-pekerja yang berkaitan.

Keselamatan para pekerja menjadi keutamaan dengan bilangan pekerja hampir 10,000 orang, aktiviti harian dilakukan untuk memantau status kesihatan setiap pekerja dari semua peringkat.

Work from home activities from Proton staff

Sepanjang tempoh PKP, status kesihatan setiap pekerja dipantau sebanyak dua kali setiap hari di mana sekiranya ada pekerja yang disyaki dijangkiti, akan diasingkan dan diberi rawatan sewajarnya.

Pemantauan ini termasuklah di hujung minggu dan turut mengambil kira lokasi keberadaan mereka serta status kerja dalam memastikan mereka kekal produktif.

Sebelum PKP dilaksanakan lagi, semua pergerakan pekerja yang perlu bertugas di luar syarikat diterhadkan bermula awal Februari 2020. Selain itu juga, mereka yang pulang dari luar negara dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari termasuklah perlu diperiksa sebelum dan selepas tempoh kuarantin.

Staff of MOH

“Ketika wabak COVID-19 mula menjadi berita utama, PROTON telah merangka pelan tindakan untuk membendung jangkitan. Kami mengambil langkah secara teliti dan bahkan, sebelum PKP diumumkan, syarikat telah membatalkan semua perjalanan perniagaan ke luar negara dan melaksanakan operasi kerja dari rumah untuk beberapa jabatan sekiranya
terdapat kakitangan dalam jabatan tersebut yang perlu dikuarantin dan disyaki dijangkiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, syarikat mematuhi sekatan PKP di mana semua fasiliti PROTON ditutup dari 18 Mac, terdapat beberapa fungsi kerja tertentu dalam masih perlu dijalankan.

Sebagai contoh, penyelenggaraan fasiliti pengeluaran Proton perlu diteruskan serta terdapat pusat servis terpilih untuk memberi khidmat servis kepada kereta-kereta Proton yang digunakan oleh agensi-agensi kerajaan yang beroperasi.

Briefing by PROTON Staff

Untuk memastikan tiada pekerja yang melanggar peraturan PKP, Proton telah memperoleh kebenaran untuk mengeluarkan surat bagi pekerja-pekerja tertentu bagi melaksanakan operasi syarikat secara terhad.

Demi membantu dan menyokong usaha barisan hadapan Malaysia dalam melawan penularan COVID-19, Proton telah meminjamkan sebanyak 50 unit Proton X70 kepada pihak Kementerian Kesihatan.

Kereta ini akan digunakan untuk membawa mereka pergi dan pulang dari tempat kerja serta menghantar mereka ke mana-mana kawasan di negara ini yang menjadi tumpuan dan memerlukan perhatian segera.

“Sebagai pengeluar kereta di Malaysia dan penyumbang utama kepada industri automotif tempatan, Proton melihatnya sebagai satu kewajipan untuk membantu kerajaan dalam membendung penyebaran COVID-19.

50 units of Proton X70

“Kami amat menghargai jasa para barisan hadapan negara dan merasakan bahawa ini adalah bantuan yang dapat kami tawarkan dalam masa yang singkat. Buat masa ini, ini adalah bantuan secara langsung yang boleh kami berikan, tetapi pada masa sama,
kami juga mencari pelbagai cara lain untuk menghulurkan bantuan dan sokongan,” kata Dr Li Chunrong.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dato’ Sri Dr Chen Chaw Min berkata, pihak Kementerian Kesihatan berterima kasih kepada Proton di atas sumbangan kenderaan syarikatnya.

“Ini merupakan tindakan yang sangat bermakna dan secara khusus membantu usaha kerajaan Malaysia untuk mengawal pandemik COVID-19,” katanya.