Sebagai tanda sokongan dalam usaha untuk mencegah penularan wabak COVID-19, Proton menghulurkan bantuan kepada barisan hadapan negara.
Sebanyak 50 unit Proton X70 diserahkan kepada Kementerian Kesihatan yang akan digunakan untuk membawa kakitangan perubatan dari atau ke tempat kerja selain kawasan yang dikategorikan sebagai ‘lokasi panas’ yang memerlukan perhatian segera.
Satu majlis ringkas diadakan di ibu pejabat Proton Shah Alam untuk menyerahkan kenderaan terbabit kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan dilakukan baru-baru ini.