Pizza Hut Malaysia rai tema cinta dan kasih sayang di bulan istimewa ini dengan membawa kejutan romantis buat jenama-jenama restoran saingannya menerusi penghantaran piza khas berbentuk hati.
Usaha ini adalah sebahagian daripada langkah kreatif di bawah kempen terbaharu jenama berkenaan yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan perhubungan dan kasih sayang tanpa mengenal siapa bersama keenakan Pizza Heart.
Pizza Heart merupakan sebuah menu edisi terhad terbaharu, menampilkan piza berbentuk
hati yang boleh didapati bersama ‘topping’ kegemaran ramai seperti Hawaiian Chicken, Aloha Chicken, Beef Pepperoni dan Chicken Pepperoni.
Disempurnakan dengan penuh kasih sayang, kempen Pizza Heart ini memperlihatkan komitmen Pizza Hut untuk sentiasa memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggannya, dengan tema yang bersesuaian mengikut musim – musim tertentu.
Bagi menyemai semangat kasih sayang dan persaingan sihat di antara jenama, Pizza Hut
mengambil langkah kreatif dengan berkunjung ke lokasi-lokasi jenama restoran lain termasuk ‘Endabyu’ (A&W), ‘Teksas’ (Texas Chicken), ‘Mekdi’ (McDonald’s), ‘Kepci’ (KFC), dan pesaing utama, ‘Domeeno’ (Domino’s) bersama sekotak Pizza Heart.
Sekeping nota ‘cinta’ ringkas turut ditinggalkan bersama piza berkenaan.
Pizza Hut secara berseloroh menulis, “Dear Domeeno, my lovely neighbour. Greeting from us at Pizza Heart. Specially made with love and no hard fillings!” (Kehadapan jiranku Domeeno, salam daripada kami di Pizza Heart.
Terimalah sekeping hati kami yang diperbuat dengan kasih sayang tanpa ‘hard filling’!)
Pizza Hut turut mengusik KFC tentang menu gabungan ayam-piza mereka bersama nota yang tertulis, “Dear Kepci, i know you love pizza. But ‘Chizza’ is not Pizza. Here is a Piz’ za Heart with love from us. We belanje.” (Wahai Kepci, I tau you suka piza, tapi ‘Chizza’ tu bukan piza. Terimalah sekeping hati Pizza Heart ini. Kita belanje.)
Pizza Hut kemudiannya menulis kepada McDonald’s untuk mengubat kesunyian mereka
bersama nota yang berbunyi, “Dear Mekdi, your burgers are cool. But don’t be a chiken ah.
Give this new Piz’za Heart a try. We heard Everyone’s Lovin’ It.” (Kehadapan Mekdi, burger
you cool, tapi janganlah jadi ‘ayam’, jom cuba Pizza Heart ini. Dengar cerita Everyone’s Lovin’ It.)
Di samping itu, Pizza Hut turut mengambil kesempatan ini bagi membuat kejutan yang sama dengan menghantar Pizza Heart kepada para pelanggan setianya.
“Kami mengambil pendekatan segar di dalam mempromosi Pizza Heart sebagai bingkisan
istimewa dalam mengeskpresi rasa cinta dan kasih sayang. Kami menghormati rakan-rakan
industri dan para pesaing serta amat menghargai pelanggan-pelanggan setia kami. Oleh itu
kami amat teruja untuk berkongsi piza berbentuk hati ini bersama mereka sebagai kejutan,” kata Jean Ler, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.
“Kempen ini bertujuan bagi memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meraikan cinta
dengan mereka yang tersayang. Kami berharap sentuhan romantis ini akan dapat
menghangatkan lagi hubungan anda. Anda pasti jatuh cinta semula dengan setiap gigitan
yang lazat berkeju.” katanya.
Pizza Heart kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut dan juga melalui khidmat
penghantaran di seluruh Malaysia bermula hari ini sehingga 16 Februari 2020 sementara stok masih ada.
Nikmati keenakan Pizza Heart pada harga bermula RM39.90 untuk hidangan a la carte,
manakala hidangan kombo juga tersedia untuk khidmat penghantaran, bawa pulang serta
makan di restoran. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.