PNGK 3.0 ke atas – lonjakan dari 87.4% pada tahun 2018 kepada 90.9% pada tahun 2019.

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) bersama rakan kerjasama Metropolitan Corridor hari ini meraikan kejayaan 210 pelajar tajaan Yayasan Peneraju pada majlis penyampaian anugerah Rising Star Award 2020 (TRuST ’20).

Ain Najwa Arbain (left) the most outstanding achivement award

Para pelajar tajaan itu menamatkan pengajian dari pelbagai institusi pengajian tinggi di
bawah program Peneraju Tunas Potensi.

Kejayaan yang diraih mereka hari ini merupakan manisfestasi kepada kecekalan dan
kesungguhan mereka dalam mendepani rintangan dan cabaran demi mencipta masa depan
cerah.

Sejak penubuhannya pada tahun 2012, Yayasan Peneraju yang berada di bawah bidang
kuasa Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah mendaftar seramai 2100 pelajar untuk
mengikuti program Peneraju Tunas Potensi, di mana seramai 599 pelajar telah menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan dengan syarikat dan organisasi yang disegani di seluruh negara.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Mohd Ariff Ithnin berkata, secara
keseluruhannya pelajar tajaan Yayasan Peneraju sentiasa menunjukkan pencapaian
membanggakan saban tahun.

“Setakat ini, daripada 599 pelajar, 40% merupakan penerima anugerah dekan dan 90.9%
mendapat PNGK 3.00 dan ke atas. Mengukur pencapaian mereka berdasarkan PNGK 3.0
ke atas, kita melihat lonjakan dari 87.4% pada tahun 2018 kepada 90.9% pada 2019.

Yayasan Peneraju Acting CEO Mohd Ariff Ithnin

Sebagai organisasi yang meletakkan penambahbaikan berterusan sebagai salah satu
penekanan utama, kami berharap untuk terus meningkatkan tahap sedia ada dan
menggandakan usaha untuk menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang berdaya saing
untuk memenuhi keperluan negara,” katanya.

Yayasan Peneraju sentiasa memberi penekanan kepada usaha terbaik dalam persekitaran
yang sangat kompetitif dan mencabar ini.

“Kepada belia harapan negara, sambil kami meraikan kejayaan anda, ingatlah bahawa
perjalanan anda masih jauh. Anda perlu terus mengharungi rintangan dan cabaran di
hadapan dan merubahnya menjadi peluang untuk mencipta kejayaan.

Dalam dunia yang sentiasa berubah, bakat muda seperti anda memerlukan gabungan
kemahiran yang tepat untuk berkembang maju dalam kehidupan. Walaupun kelayakan
akademik masih penting, anda masih perlu mengembangkan kemahiran dengan
menerapkan pengetahuan dengan cara yang memenuhi permintaan baharu landskap sosial
dan ekonomi yang berubah-ubah,” katanya lagi.

Oleh itu, Program Pemupukan dan Pembangunan (NDP) sentiasa menjadi sebahagian daripada pembelajaran berterusan Yayasan Peneraju untuk menghasilkan pelajar yang
berkebolehan, mengimbangi tiga aspek iaitu Minda (Pengetahuan), Tangan (Kemahiran)
dan Jantung (Kebijaksanaan). Kemahiran seperti komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran
kritikal, dan fleksibiliti sentiasa penting dalam pekerjaan dan kehidupan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Metropolitan Corridor Sdn Bhd, Sandra Ong, TruST’20
bertujuan bukan sahaja untuk meraikan pencapaian akademik pelajar tajaan Yayasan
Peneraju, tetapi juga untuk memberi inspirasi kepada para pelajar lain untuk cemerlang
dalam kerjaya masing-masing.

Beliau berharap semua graduan ini akan menjalani hidup mereka dengan baik ke arah masa depan yang cerah dan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Anugerah pencapaian cemerlang tahun ini jatuh kepada Ain Najwa Arbain yang menerima ANUGERAH GRIT atas keberanian, semangat, tekad yang kuat dan kekuatan karakter.

Beliau menerima anugerah pencapaian akademik yang konsisten di bawah kategori teknologi serta anugerah kecemerlangan pelajar. Beliau menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang pengajiannya di bawah program Peneraju Tunas Potensi.

Ain Najwa meraih pelbagai kejayaan meskipun sedang berdepan cabaran peribadi. Ain
Najwa membuktikan bahawa cabaran hidup bukan halangan untuk berjaya. Beliau dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dengan tiga adik-beradik lain dan hidup dalam serba
kekurangan disebabkan kekangan kewangan.

Tetapi beliau tekad dan lulus dengan PNGK 3.94 dalam Sarjana Muda Sains Komputer (kepujian kelas pertama) pengkhususan dalam Data Analytics. Beliau juga memenangi Anugerah Pelajar Terbaik dari Universiti Asia Pasifik dan kini bekerja sebagai Penganalisis Data di AirAsia Sdn Bhd.

Mohd Ariff juga menggesa para graduan untuk terus memperbaiki diri dan mengubah diri
menjadi pemimpin yang memberi inspirasi kepada orang lain dan mencapai kegemilangan.

Tema tahun ini Menginspirasi Kecemerlangan menekankan kepada ketabahan dan
kesungguhan para pelajar untuk bangkit dari kesukaran dan menjadi seorang graduan
cemerlang hari ini.

Ada yang mereka berasal dari latar belakang yang kurang bernasib baik dan mempunyai impian untuk berjaya dalam kehidupan dengan kekuatan pendidikan. Dan Yayasan Peneraju merubah impian mereka menjadi realiti.

Setakat ini, Yayasan Peneraju telah membangunkan seramai 29,500 bakat Bumiputera sejak penubuhannya pada tahun 2012 di bawah tiga program teras: Peneraju Tunas,
Peneraju Skil dan Peneraju Profesional.