AirAsia hari ini melancarkan iklan Tahun Baru Cina bagi meraikan perayaan tersebut, menyentuh tradisi lama – tarian singa, sebuah elemen penting dalam perayaan Tahun Baru Cina yang dipercayai mampu membawa kebaikan dan menjauhkan keburukan.
Video berdurasi 3 minit itu dikonsepkan oleh pasukan penjenamaan AirAsia, menggambarkan keterujaan seorang kanak-kanak pulang ke kampung neneknya untuk musim cuti perayaan.
Video The Boy and The Lion dilihat melalui imaginasi kanak-kanak sebagai seorang juruterbang muda, mencari singa di awan biru.
Dia kemudian sedar dan kembali ke realiti dalam sebuah pesawat AirAsia, menuju ke kampung halamannya. Kisah itu diteruskan tatkala dia menyelami setiap aspek tradisi Tahun Baru Cina; daripada pentingnya adat makan besar kepada maknanya menerima angpao daripada bapanya – memberinya nasib yang diperlukan untuk mencari si sini.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Di AirAsia, kami ingin menggalakkan tetamu kami untuk memulakan dekad baharu dengan keterujaan dan keajaiban seperti kanak-kanak, membuka pintu kepada berkat pengembaraan dan kegembiraan yang berganda untuk tahun baru.
Ketua Kumpulan Penjenamaan, Kumpulan AirAsia Rudy Khaw berkata, “Bagi seorang kanak-kanak, setiap perjalanan merupakan pengembaraan yang besar. Di AirAsia, itulah begitulah cara kami melihat perjalanan. Ianya bukan sekadar perjalanan, tetapi sebuah pengembaraan yang menanti untuk diterokai.
Melalui perjalanan kami menemui tujuan, meneroka pengalaman baharu, mengeratkan perhubungan dengan orang yang kita sayangi dan membuat hubungan baharu.”
Klik sini untuk menonton The Boy and The Lion.
Ditulis oleh pasukan penjenamaan AirAsia, iklan tersebut menjemput penonton untuk sama-sama menikmati pengembaraan dengan tambang promosi termasuk semua untuk ahli AirAsia BIG dari serendah RM18* tersedia untuk tempahan di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari 13 Januari 2020 (0001h GMT +8) to 19 Januari 2020 (2359 GMT +8) sah untuk perjalanan antara 1 September 2020 – 2 Mac 2021.
Nikmati penjimatan 10% untuk pembelian bagasi daftar masuk sebanyak 25kg dan ke atas dan 10% untuk Pick A Seat apabila anda pra-tempah bersama penerbangan anda**.
Tetamu juga boleh menikmati penjimatan 20% untuk semua aktiviti (hanya untuk 1,000 transaksi pertama) dan 5% untuk tempahan hotel dengan kod promo DOUBLE2020; beli 2 atau lebih dengan 30% penjimatan untuk pembelian bebas cukai dan 2,020 mata ganjaran BIG di ourshop.com; serta pakej 3H2M (flight + hotel) dari serendah RM138.
Sambutan diteruskan dengan hidangan dalam penerbangan istimewa Santan Stew Tomato dengan Telur dan Ikan dan Nasi bersama Tart Nanas dari RM12 pada penerbangan AK, D7 dan QZ terpilih dari sekarang sehingga 31 Mac 2020.
* Tambang keseluruhan termasuk cukai dan yuran.
** Tidak termasuk untuk AirAsia Japan (kod penerbangan DJ)