Perayaan Tahun Baru Cina sememangnya disambut meriah dengan tradisinya yang tersendiri, di mana generasi tua dan muda sama-sama berkumpul bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tahun ini, Pizza Hut telah memberi nafas baru kepada tradisi ini dengan mengolah hidangan klasik ayam masam manis dalam bentuk Piza Cheesy Bites terkenalnya, yang pasti memberi lebih kemeriahan pada perayaan kali ini.

“Pizza Hut ingin menyemarakkan lagi tradisi bagi menarik golongan muda dan tua untuk
menjalin semula hubungan erat sambil bergembira bersama-sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini.

“Kami percaya apabila keriangan diwujudkan, semua akan lebih bersemangat di dalam memeriahkan tradisi dan menikmati suasana perayaan dengan lebih bermakna bersama keluarga,” kata Jean Ler, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

Piza terbaru Sweet & Sour Cheesy Bites memberi sentuhan unik kepada hidangan oriental
terkenal ayam masam manis, di dalam bentuk piza kegemaran ramai iaitu Cheesy Bites.

Kelainan ini pasti memberikan keriangan kepada tradisi jamuan makan besar perayaan Tahun Baru Cina sekali gus meraikan tradisi bermakna ini dengan menampilkan ramuan-ramuan lazat, istimewa bagi menyambut kedatangan tahun baharu ini.

Piza Sweet & Sour Cheesy Bites kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut dan juga
melalui khidmat penghantaran di seluruh Malaysia bermula hari ini sehingga 20 Februari 2020 sementara stok masih ada.

Nikmati keenakan piza Sweet & Sour Cheesy Bites pada harga bermula RM41.90 untuk
hidangan ala carte, manakala hidangan kombo juga tersedia untuk kedua-dua khidmat
penghantaran, bawa pulang dan juga makan di restoran.