Sempena Tahun Baru 2020, NGO Antarabangsa meneruskan usaha murni projek Wakaf Telaga di Kg Onah Hulu Kabai Kemboja

Kampung itu yang terletak jauh di pedalaman Kemboja dengan penduduknya terdiri daripada petani tradisional dengan cara bercucuk tanam untuk meneruskan kehidupan selain tiada kemudahan elektrik dan air perigi untuk minum tetapi bergantung kepada  mata air atau sumber air sungai.

Projek wakaf telaga kali ini membantu penduduk miskin yang dihuni kira-kira 200 penduduk Islam selain 150 orang masyarakat bukan Islam.

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, beliau terpaksa bermalam di kawasan pedalaman itu untuk melihat sendiri kehidupan penduduk kampung berkenaan yang bangun seawal jam 4 pagi untuk menunaikan Solat Subuh.

“Selepas menunaikan solat, mereka akan berada di kebun pada jam 6 pagi hingga 5 petang. Kebanyakan penduduk kampung ini terdiri masyarakat Melayu Champa dan Kaum Khamer yang hidup bersatu hati,” katanya.

Justeru, NGO Antarabangsa memutuskan untuk membina 2 buah perigi yang di wakafkan bagi kegunaan penduduk kerana kesukaran mendapatkan air yang bersih.

Pembinaan perigi pam ini bagi kemudahan dan keselamatan bagi mengelakkan kanak kanak terjatuh ke dalam perigi berkenaan.

“Kedua-dua perigi dapat digunakan bagi semua penduduk dan manfaat kepada semua orang. InsyAllah jika ada rezeki kita bina lagi perigi bagi kegunaan penduduk Kampung ini,” katanya sambil menambah pembinaan perigi itu merupakan perigi ke 3999 dan ke 4000 sempena 2020, siap dibina pada 31 Disember lalu.