Sempena musim perayaan ini, United Overseas Bank Malaysia Bhd (UOB Malaysia) telah berkongsi keriangan perayaan dengan memberi sumbangan kepada lebih 100 kanak-kanak dari Yayasan Sunbeams Home, sebuah yayasan bukan kerajaan yang menyediakan pendidikan dan penjagaan kepada kanak-kanak dari latar belakang yang mencabar.

UOB Malaysia menganjurkan satu acara khas dan memberi hadiah kepada setiap kanak-kanak. Setiap hadiah mempunyai mesej peribadi daripada kakitangan UOB yang telah mendaftar sebagai ‘Secret Santa’ dan yang telah membeli hadiah berdasarkan senarai keinginan Krismas kanak-kanak tersebut.

Wong Kim Choong, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata bahawa inisiatif ‘Secret Santa’ ini merupakan satu cara bagi kakitangan Bank menjalin hubungan yang bermakna dan peribadi dengan kanak-kanak melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Heartbeat UOB.

“Di UOB Malaysia, ia sememangnya tradisi kami untuk memberi balik kepada masyarakat sepanjang tahun sebagai sebahagian daripada program Heartbeat UOB berterusan kami. Sempena musim perayaan ini, kami ingin melakukan sesuatu yang sedikit berbeza dan meminta kanak-kanak dari Yayasan Sunbeams Home untuk menulis apa yang mereka inginkan untuk Krismas.

“Kami kemudian meminta sukarelawan ‘Secret Santa’ UOB kami untuk membantu merealisasikan hajat setiap kanak-kanak tersebut. Kakitangan kami telah memainkan peranan ‘Secret Santa’ dengan penuh semangat, dan kami berharap melalui usaha yang kecil tetapi peribadi ini, kanak-kanak Yayasan Sunbeams Home akan mempunyai sambutan Krismas yang penuh bermakna dan menyeronokkan,” katanya.

Para sukarelawan UOB juga membantu menganjurkan permainan dan aktiviti untuk kanak-kanak pada hari tersebut. Kanak-kanak tersebut juga amat teruja dapat bersaing dengan kakitangan UOB Malaysia dalam perlumbaan lari berganti-ganti yang membawa banyak kegembiraan dan keseronokan. Acara menyanyikan karol Krismas juga diadakan sebelum jamuan makan tengah hari dihidangkan.