Pelanggan TM turut menikmati promosi-promosi di OYO Hotels and Homes sebagai sebahagian daripada program kesetiaannya
OYO Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad (TM) secara rasminya menjalinkan usahasama komersial dan pemasaran bersama, melebarkan kerjasama sedia ada di antara kedua-dua pihak untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara.
Di bawah usahasama ini, TM akan menyediakan himpunan perkhidmatan unifi termasuk akses jalur lebar berkelajuan tinggi, unifi TV dan unifi Mobile untuk membolehkan pengunjung di OYO Hotels and Homes menikmati pengalaman jalur lebar dan hiburan yang menyeluruh, dikuasakan oleh unifi.
TM turut akan menyediakan pasukan khidmat pelanggan dan pasukan teknikal khusus untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada OYO Hotels and Homes bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan perkhidmatannya.
Sementara itu, OYO Malaysia akan menawarkan promosi istimewa buat pelanggan-pelanggan TM untuk penginapan mereka di premis OYO melalui program kesetiaan TM, TM Rewards.
Selain itu, kedua-dua syarikat akan bekerjasama dalam inisiatif pemasaran termasuklah mempromosikan OYO Hotels and Homes kepada 24,000 warga TM di seluruh negara.
Usahasama ini telah diumumkan secara rasminya oleh Vimal Balachandran, Ketua, OYO Homes, Malaysia dan Izlyn Ramli, Naib Presiden, Jenama dan Komunikasi Kumpulan, TM.
Mengulas mengenai usahasama ini, Izlyn berkata, “Saya amat teruja dengan kolaborasi ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada OYO Malaysia kerana memilih kami sebagai rakan penyelesaian komunikasi dan ICT.
Usahasama hari ini membuktikan sokongan berterusan TM kepada industri hospitaliti dan pelancongan. Dengan adanya penyelesaian bersepadu menyeluruh daripada TM, OYO Malaysia bakal meningkatkan pengalaman penginapan digital terhubung buat tetamu mereka di setiap premis di seluruh negara.
“Pasukan sokongan kami akan turut membantu bagi memastikan tetamu di OYO menikmati pengalaman jalur lebar dan hiburan yang menyeluruh. Ini pastinya dapat membantu mengurangkan kerisauan pihak pengurusan dalam memastikan kecekapan operasi berterusan supaya anda boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan teras, iaitu memberikan perkhidmatan hospitaliti terbaik kepada para pengunjung,” katanya.
Meraikan kehadiran TM dalam keluarga OYO, Vimal berkata teknologi adalah teras kepada hospitaliti di OYO.
“OYO terus menerokai peluang untuk membantu rakan-rakan aset untuk mengubah premis dan meningkatkan pengalaman penginapan tetamu dalam setiap aspek, justeru, meningkatkan kadar menginap dan meningkatkan keuntungan.
“Kolaborasi antara kedua-dua syarikat pakar dalam bidang masing-masing ini akan terus dibina berdasarkan model OYO yang menggabungkan reka bentuk, hospitaliti, dan kepakaran teknologi serta keupayaan operasi untuk membolehkan rakan-rakan aset kami menawarkan perkhidmatan pelanggan berkualiti tinggi dan pengalaman jalur lebar menyeluruh kepada para pengunjung,” katanya.
“TM telah menjadi rakan usahasama yang bernilai dan sentiasa menyokong OYO sejak kali pertama kami bertapak di Malaysia pada tahun 2017. Kami amat berharap untuk meneruskan kerjasama ini sambil kami akan mengukuhkan kedudukan kami di Malaysia,” katanya.
OYO telah merevolusikan ruang hospitaliti bajetnya dengan memberi kuasa kepada pemilik aset kecil dan bebas dengan keupayaan operasi dan teknologi bagi membolehkan mereka bersaing dengan hotel-hotel besar dan mencatatkan jumlah tempahan yang tinggi, justeru keuntungan yang tinggi.
OYO Hotels and Homes pada masa ini mengendalikan lebih daripada 16,000 bilik di lebih daripada 450 premis yang difrancais dan diuruskan di 50 buah bandar seluruh Malaysia. Di peringkat global, OYO memiliki operasi di lebih 800 bandar merentasi 80 buah negara.
OYO Hotels and Homes mempunyai lebih daripada 2,500 buah hotel dan lebih daripada 75,000 bilik eksklusif di bawah pengurusan di Asia Tenggara.