Jualan bulan November meningkat 100% dengan pegangan pasaran bertambah baik dari tahun ke tahun sebanyak 16.2%
JUALAN Proton terus kukuh pada penghujung tahun 2019 apabila mencatatkan prestasi kukuh pada bulan November di mana jualan pada bulan itu dari tahun ke tahun meningkat
100% melalui jualan sebanyak 9,643 unit (eksport + domestik).
Jumlah kumulatif untuk tahun ini adalah sebanyak 89,476 unit, menunjukkan pertumbuhan 50.1% untuk jumlah dari tahun ke tahun. Pegangan pasaran juga meningkat dan dianggarkan kini berada pada 16.2% bagi keseluruhan tahun 2019.
Proton Saga kembali mendahului jualan bagi sedan segmen A apabila memecahkan rekod jualan sebanyak 4,000 unit untuk tiga bulan berturut-turut dengan sebanyak 4,091 unit kereta telah diserahkan kepada pelanggan pada bulan November.
Rekod ini telah membolehkan model terbaharu Proton itu kembali ke tangga teratas jualan dalam barisan model sedan segmen A dan dengan sebanyak 34,422 unit kereta yang terjual setakat ini, pertumbuhan volumnya kini berada pada 32%, merupakan yang terbaik berbanding mana-mana model dalam segmen A, setakat ini.
“Saga merupakan kejayaan besar untuk Proton sejak ia dilancarkan pada bulan Ogos. Dalam tempoh hanya empat bulan, model itu telah mendapat lebih daripada 35,000 tempahan dan pada ketika ini, setiap unit yang berada di kilang sudah ada pemiliknya.
Oleh itu, ini adalah cabaran kami untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran Saga dan kami juga telah mengadakan perbincangan rapi bersama para pembekal dalam usaha untuk meningkatkan lagi volum pada tahun hadapan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
Selain daripada saranan nilai, prestasi dinamik terkemuka serta ciri-ciri komprehensif yang ada pada model ini, Saga juga berjaya menarik perhatian pembeli melalui pencapaiannya dalam perlumbaan Sepang 1000km (S1K) pada baru-baru ini.
Pasukan PROTON R3 (R3) berjaya menduduki tempat pertama, kedua dan ketujuh di mana
dua daripada tiga kereta yang dipertandingkan adalah Proton Saga 2019.
“Untuk menamatkan perlumbaan S1K sahaja sememangnya sukar kerana memerlukan gabungan kelajuan dan ketahanan yang konsisten.
Jualan Proton X70 bertambah baik sempena hampir setahun model ini diperkenal
Tarikh 12 Disember 2018 telah tercatat menjadi sejarah Proton di mana itulah tarikh syarikat secara rasmi melakukan transformasi menjadi sebuah jenama premium di pasaran semasa.