Bawa pulang biasiswa RM50,000 tajaan Celcom XPAX
Siri jelajah bagi mencari pasukan e-sukan institusi pengajian tinggi terbaik di seluruh negara bagi semester kedua Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019 akhirnya sampai ke penghujungnya.
Kontinjen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul juara keseluruhan dan membawa pulang biasiswa bernilai RM50,000 sumbangan Celcom XPAX dalam pusingan Grand Final yang berakhir di The Curve, Damansara.
Hadiah juara keseluruhan disampaikan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Malaysia. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Dato’ Ng Wan Peng serta Datuk Kamal Khalid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad.
Lebih manis lagi, pasukan Mobile Legends Bang Bang UKM, Ultra Instinct berjaya mempertahankan kejuaraan kategori permainan itu sekaligus membawa pulang wang tunai RM13,600 berserta pingat. Kontinjen UKM yang mengumpul 320 mata turut diwakili Madness Esports untuk kategori PUBG Mobile.
Kategori PUBG Mobile menyaksikan kemenangan UNIMAP Elementus dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang meninggalkan jauh pencabar lain, sekaligus membawa pulang hadiah tunai RM10,880 berserta pingat.
Pada pusingan grand final itu, penganjur turut mengumumkan Semester 3 kejohanan ini yang akan menemui peminat e-sukan tanahair tahun hadapan.
Pusingan grand final yang telah diadakan bermula Jumaat, 22 November 2019 lalu menyaksikan 32 pasukan terbaik dari lebih 29 kampus mempamerkan aksi terbaik untuk 2 kategori permainan utama, Mobile Legends Bang Bang dan juga PUBG Mobile yang telah mempertaruhkan hadiah tunai terkumpul bernilai RM180,000.
Mencipta sejarah tersendiri, XPAXKEK merupakan kejohanan e-sukan pertama yang menawarkan sebuah kereta Honda Jazz Hybrid bernilai RM87,000 kepada penonton live stream di rumah di mana Muhammad Farid Rahim muncul sebagai pemenang yang mencipta slogan paling kreatif berdasarkan kod rahsia Honda Malaysia yang dikeluarkan sepanjang strim XPAXKEK musim ini berlangsung!
Ini merupakan kali kedua Media Prima Digital dan Celcom Axiata Berhad menganjurkan kejohanan e-sukan kampus seumpama ini yang menampilkan pasukan e-sukan institusi pengajian tinggi terbaik di seluruh negara.
Dianjurkan portal permainan MyGameOn, dengan kerjasama rakan e-sukan mereka Kitamen, acara ini terdahulu, #XPAXKEK Semester 2 telah memulakan siri jelajahnya bagi mencari pasukan-pasukan terbaik dari institusi pengajian tinggi tempatan di setiap zon bermula dari zon Borneo (Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS), zon
selatan (Paradigm Mall, Johor), zon sentral (UiTM Puncak Alam, Selangor), zon utara (Universiti Sains Malaysia, USM) dan diakhiri zon pantai timur (Kuantan City Mall, Pahang).
Kolaborasi bersama Media Prima dan Celcom dalam #XPAXKEK semester kedua, adalah salah satu inisiatif dan komitmen usahasama dalam menyediakan platform untuk generasi muda sama-sama menyahut cabaran dan mendepani industri teknologi serta era digital.
Selain Mobile Legends Bang Bang dan PUBG Mobile, perlawanan terbuka permainan CS:GO turut diadakan buat pengunjung XPAXKEK. Kategori istimewa ini dianjurkan oleh Legion by Lenovo dalam misi memberikan pengalaman e-sukan terbaik menerusi rangkaian perkakas permainannya dimana pemenang akan membawa pulang komputer riba, Y7000 yang canggih dan terbaharu dari Legion oleh Lenovo.
#XPAXKEK kali ini turut menyaksikan kembalinya gabungan dua pengulas e-sukan tersohor tanahair, Radzi “Ikuto” Rahman dan Adam “Spartanker” Faiz memberikan ulasan mantap mereka untuk permainan Mobile Legends Bang Bang.
Pengunjung yang hadir juga berpeluang mencuba pelbagai jenis permainan lain seperti Beat Saber dan Racing Simulator yang terdapat di XPAXKEK menerusi segmen “KEK TRIAL” dan “KEK ARKED” yang turut menawarkan hadiah baucar Lazada bernilai sehingga RM6,000!
Selain menyaksikan pertandingan kejohanan ini, para pengunjung juga berpeluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik cabutan bertuah dan giveway yang disediakan termasuklah hadiah utama 3 buah telefon bimbit Realme 5 Pro, 3 set L24E-20 LED Backlit LCD Monitor dan Ideacentre 510S Legion oleh Lenovo, baucar OYO Hotel, baucar Lazada dan pelbagai lagi hadiah menarik.
Sama seperti lokasi sebelum ini, Istimewa buat kemuncak XPAXKEK, orang ramai telah dihiburkan dalam #KEKJAM dengan persembahan hebat dari artis-artis tanah air iaitu Nabila Razali, Ara Johari, Naim Daniel, Harris Baba, Ernie Zakri dan Amir Hassan.
Istimewa kali ini, pasukan XPAX X-ASSINS yang muncul dalam Liga Professional Mobile Legends (MPL) Musim Ke-4 baru-baru ini turut membuat kemunculan istimewa.
Kejohanan e-sukan ini turut menyuntik elemen pendidikan sewaktu dengan menampilkan sesi perkongsian dan diskusi bersama pemain-pemain e-sukan industri menerusi slot ‘Sembang Gamers’. Para pelajar yang berminat dengan e-sukan dan industri permainan boleh menyertai segala aktvititi ini dan merebut peluang yang luas sepanjang kejohanan ini berlangsung.