Anda rasa bertuah? Guardian Malaysia akan memperkenalkan Kotak Bertuah (Lucky Boxes) yang diilhamkan dari Korea buat pertama kalinya ke seluruh negara pada 11 November bagi meraikan sambutan Singles Day.

KOTAK Bertuah (Lucky Box) ini sangat popular di Korea, Jepun dan China di mana pelanggan harus membayar sejumlah wang untuk menerima nilai yang melebihi dua atau tiga kali ganda dalam bentuk produk daripada satu peruncit, semuanya dibungkus kemas di dalam sebuah kotak.

Para pelanggan sememangnya menanti-nanti pelancaran Lucky Box ini kerana mereka mahukan lebih nilai dan kejutan!

Guardian Lucky Boxes boleh didapati di semua cawangan Guardian pada harga RM50, dengan menawarkan nilai RM100 serta nilai maksimum RM150 yang terdiri daripada produk kesihatan dan kecantikan bersaiz penuh.

Singles Day, pada 11 November menjadi hari membeli-belah secara offline dan dalam talian paling besar di dunia. Ia dipilih sebagai tarikh ideal untuk Guardian melancarkan Lucky Boxes yang pertama.

Pengarah Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan South East Asia Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, Cho Do Youn berkata, stok Guardian Lucky Box terhad ini merupakan Lucky Box pertama daripada Guardian Malaysia.

“Kami yakin dengan pilihan produk suka ramai dalam setiap kotak, para pelanggan akan teruja untuk menerima nilai berganda dan menjadi antara yang pertama untuk memiliki kotak edisi terhad,” katanya.

Guardian Lucky Box boleh didapati di seluruh negara pada Singles Day 11/11/2019. Stok adalah terhad, jadi dapatkan segera untuk melihat tuah anda.

Guardian Malaysia

Guardian merupakan rantaian kedai kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri yang dipercayai pelanggan kerana menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

Kepercayaan yang dibina selama lebih lima dekad menerusi perkhidmatan dan komitmen kepada pelanggan itu bermula dari satu ruang seluas 200 kaki persegi di The Weld, Kuala Lumpur, 52 tahun lalu.