TC Euro Cars, pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia mengumumkan bahawa Renault MEGANE R.S. 280 Cup yang baru dilancarkan kini ditawarkan dalam program Renault Subscription.

Buat pertama kali di Malaysia, pelanggan boleh menikmati pengalaman ‘pemilikan’ unik sebuah jentera menarik tanpa perlu mengeluarkan sejumlah wang banyak untuk bayaran pendahuluan, menanggung faedah pinjaman yang tinggi, membayar kos penyelenggaraan berkala, terikat kepada perjanjian sewa beli yang panjang atau terjejas dengan penyusutan nilai.

Renault MEGANE R.S.

MEGANE R.S. 280 Cup serba baharu didatangkan dengan pilihan transmisi automatik Efficient Dual Clutch (EDC) atau manual enam kelajuan. Kedua-duanya ditawarkan menerusi pakej Renault Subscription untuk tempoh satu hingga tiga tahun.

MEGANE R.S. 280 Cup serba baharu padat dengan teknologi baru dan dipertingkatkan seperti sistem stereng empat roda 4CONTROL – teknologi pertama dalam segmennya di dunia yang meningkatkan lagi keupayaan ketika mengambil selekoh.

Ciri baharu kedua yang dipasang pada MEGANE R.S. 280 Cup serba baharu ialah empat unit hidraulik pemampatan henti.

Renault Subscription membolehkan pelanggan memilih salah satu daripada dua pelan Fixed Plan atau Switch Plan.

Fixed Plan ialah satu pelan yang lebih berstruktur, boleh didapati untuk tempoh pendek iaitu satu, dua atau tiga tahun dengan yuran bulanan MEGANE R.S. serba baharu hanya RM3,999 yang merangkumi cukai jalan, cukai jalan dan kos servis berkala.

Pelanggan yang memilih Switch Plan pula akan menikmati lebih banyak kebebasan dan fleksibiliti kerana mereka diberi akses kepada seluruh rangkaian model Renault tanpa sebarang perubahan pada kadar yang telah diumum sebelum ini.

Switch Plan menawarkan Renault Captur bersama pilihan untuk memandu Renault Koleos dan MEGANE R.S. dalam tempoh Subscription.

Bukan itu sahaja, Switch Plan tidak mempunyai had perbatuan dan tiada penalti pembatalan. Yurannya merangkumi insurans, cukai jalan dan kos penyelenggaraan biasa.

Aspek wear and tear untuk Captur juga termasuk dalam pelan ini.

Fixed Plan

Pelan jangka pendek yang mampu milik 

 

Perincian Captur Koleos baharu Koleos Signature baharu MEGANE R.S. (MT) serba baharu MEGANE R.S. (AT) serba baharu
Yuran Bulanan
3 tahun RM3,999 RM4,299
2 tahun RM1,299 RM2,299 RM2,699 RM4,999 RM5,299
1 tahun RM1,499 RM2,499 RM2,899 RM5,999 RM6,299
Had perbatuan tahunan  20,000km setahun 

(dengan pilihan untuk menambah 10,000km pada harga RM200/sebulan untuk Captur & Koleos dan RM400/sebulan untuk MEGANE R.S.)

Termasuk  Cukai jalan, insurans, servis berkala
Wear & tear Tambahan RM100/sebulan merangkumi barangan wear & tear terpilih (untuk Fixed Plan 2 tahun sahaja)
Wang Cagaran RM2,500 RM3,500 RM3,500 RM6,000 RM6,000

 

Switch Plan

Cukup fleksibel dan menawarkan akses ke atas semua model Renault 

 

Jenis  Base

Captur dengan akses kepada  

RENAULT FAMILY selama 2 bulan

(menggunakan Koleos & MEGANE R.S.)

Prime

Captur dengan akses kepada  

RENAULT FAMILY selama 4 bulan

(menggunakan Koleos & MEGANE R.S.)

Yuran Bulanan RM1,999 RM2,199
Tempoh  1 tahun
(boleh dibatalkan pada bila-bila masa)
1 tahun
(boleh dibatalkan pada bila-bila masa)
Annual Mileage cap Perbatuan tanpa had  Perbatuan tanpa had
Termasuk  Cukai jalan, insurans, servis biasa dan wear & tear untuk Captur
Wang Cagaran RM3,500 RM3,500

 

“Kami percaya bahawa Subscription merupakan alternatif bagi pelanggan yang mahukan pengalaman pemilikan kenderaan yang berbeza. Dengan Switch Plan yang telah dikemas kini, Renault Subscription dilihat lebih menarik kerana pelanggan boleh menukar Captur kepada SUV Koleos yang lebih mewah dan jentera berprestasi tinggi, MEGANE R.S.

Minat orang ramai terhadap Renault Subscription nyata melebihi ekspektasi, jadi kami percaya kami kini berada di landasan yang betul,” kata TC Euro Cars Sdn. Bhd., Wong Hoe Mun.

Unit terhad MEGANE R.S. 280 Cup boleh didapati menerusi program Subscription. Jadi, mereka yang berminat disaran agar mendaftar dengan segera di www.renault.com.my.