Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan pakej agresif X-Tremer dan Aero Edition yang elegan untuk barisan model Nissan X-Trail baharu, memberi pelangan karekter tersendiri kepada SUV popular tersebut.
X-Trail X-Tremer baharu hadir dengan penampilan agresif dalam pilihan warna luaran dua tona; Merah (Imperial Red) baharu, Putih (Brilliant White) atau Perak (Tungsten Silver) bersama bumbung dengan siluet berwarna hitam, rel bumbung dan spoiler belakang.
X-Tremer juga dilengkapi dengan komponen-komponen baharu yang digelapkan termasuk gril V-Motion baharu, aero bampar TOMEI pada bahagian hadapan dan belakang, spoiler sisi bawah, cermin sisi serta rim aloi 10 jejari bersaiz 17 inci berwarna hitam.
Manakala tempat duduk kulit Nappa mewah berwarna perang, papan pemuka, pelindungan lutut dan perehat tangan dengan kemasan kulit nyata membuatkan SUV ini kelihatan lebih sofistikated.
Bukan itu sahaja, X-Trail juga ditampil dengan Aero Edition. Ia dilengkapi dengan aero bampar TOMEI kemasan perak pada bahagian hadapan dan belakang, spoiler sisi bawah, rim aloi 10 jejari bersaiz 17 inci berwarna hitam, serta kemasan kulit Nappa mewah kepada ruang dalaman seperti yang ada pada X-Tremer.
X-Trail Aero Edition baharu ditawarkan dalam tiga pilihan warna luaran iaitu hitam (Diamond Black), coklat (Imperial Umber) dan hijau (Titanium Olive).
“Nissan X-Trail X-Tremer baharu direka khas untuk pelanggan yang mahukan rekaan berani dan avant-garde. Manakala Aero Edition pula khas buat untuk pelanggan yang mahukan sebuah SUV yang penampilan bergaya dan elegan.
“Kami percaya bahawa penambahbaik yang baru dalam X-Trail ini bersama teknologi keselamatan terkini Nissan Intelligent Mobility dapat memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan kualiti pemanduan dinamik serta gayaan tersendiri,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.
Nissan X-Trail X-Tremer dan Aero Edition baharu ditawarkan dalam empat varian iaitu 2.0L Hybrid, 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD dan semua varian memperoleh status kenderaan cekap tenaga (EEV). Ia hadir bersama jaminan selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had (termasuk alat ganti Hybrid dan bateri HEV Lithium-Ion).
Sementara aksesori yang dipasang dari kilang didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
Nissan X-Trail X-Tremer dan Aero Edition baharu akan membuat penampilan di bilik pameran Nissan di seluruh negara mulai Sabtu, 2 November 2019. Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri pengalaman dengan avant-garde X-Trail ini.
Sebagai tambahan, Karnival Nissan ‘Electrifying Drive’ akan diadakan pada hujung minggu dari 9 hingga 10 November 2019 yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara.
Orang ramai dijemput untuk merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik Nissan LEAF serba baharu yang paling laris di dunia, memenangi pelbagai hadiah menarik dan menyertai banyak aktiviti menyeronokkan seperti Pengalaman Menikmati Virtual Reality Tech Drive.
Varian | X-Trail X-Tremer baharu (Dua Tona) | X-Trail Aero Edition Baharu | ||
Semenanjung Malaysia | Sabah & Sarawak | Semenanjung Malaysia | Sabah & Sarawak | |
2.0L 2WD | RM140,888 | RM143,388 | RM138,888 | RM141,388 |
2.0L 2WD MID | RM152,888 | RM155,388 | RM150,888 | RM153.388 |
2.5L 4WD | RM160,888 | RM163,388 | RM158,888 | RM161,388 |
2.0L HYBRID | RM166,888 | RM169,388 | RM164,888 | RM167,388 |
*Harga di atas jalan termasuk 10% cukai jalan, tanpa insurans dan sah untuk pendaftaran peribadi
Tarikh | Wilayah | Lokasi |
9 – 10 November | Tengah | ETCM Kepong |
ETCM Mahkota Cheras | ||
ETCM Klang | ||
Utara | ETCM Weld Quay | |
Selatan | ETCM Segamat | |
ETCM Semabok | ||
Sabah | ETCM Kota Kinabalu | |
ETCM Sandakan** | ||
Sarawak | ETCM Miri | |
15 – 16 November | Utara | ETCM Alor Setar |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.
* Tertakluk kepada terma dan syarat
** Lokasi tanpa Pandu Uji Nissan LEAF