Produk skuter elektrik atau lebih mesra dikenali sebagai e-Scooter bukan baru di Malaysia namun agak sukar mencari syarikat yang menawarkan jaminan dan ketenangan khususnya perkhidmatan selepas jualan yang dipercayai.

KEHADIRAN Star Wheels Electronic Sdn Bhd, selaku pengimport dan pengedar rangkaian basikal elektrik, skuter dan Hoverboard dibawah jenama Star Wheels meletakkan satu tanda aras baru kepada industri produk elektronik di negara ini.

Prebiu.com yang teruja pertama kali diberi peluang menguji tiga jenis skuter elektrik edaran syarikat tempatan ini dapat melihat sendiri kualiti buatan produk elektronik dari China ini yang boleh dianggap canggih dan terkini.

Meskipun agak kekok apabila mencubanya namun selepas beberapa ketika, ketiga-tiga basikal elektrik ini sebenarnya cukup mudah dikawal dan ditunggang ketika dijalan raya.

Pada mulanya, penulis beranggapan e-bike ini tidak berkuasa disebabkan saiznya yang kecil namun tanggapan itu meleset kerana ia mampu bergerak laju sebaik sahaja pendikit pada hendalnya dipulas.

Nak lebih laju, tukar sahaja mod kelajuannya daripada mod 1 kepada mod 3 dan ciri ini boleh didapati pada model Star Orbit dan Star Speed.

Bagaimanapun, penggunaan basikal ini sebenarnya harus dilihat kepada keperluan seseorang individu sama ada mahu digunakan untuk tujuan santai, alat pengangkutan harian ke tempat kerja, kegunaan di gedung harian yang besar ataupun dijadikan alat pengangkutan dikawasan kediaman khususnya untuk kegunaan pengawal keselamatan meronda kawasan kediaman.

Basikal bukan sahaja tidak menggunakan bahan api malah mesra alam sekitar dan mudah dibawa ke mana sahaja selain dilengkapi soket pengecas yang mesra pengguna.

Baca lebih lanjut pandu uji ringkas dan spesifikasi penuh ketiga-tiga basikal Star Wheels yang ditunggang uji dibawah ini.

STAR ORBIT

Basikal elektrik ini mampu memecut pada kelajuan dari 20 hingga 30 kilometer sejam dengan jarak perjalanan sehingga 40 kilometer dengan pengecasan penuh.

Apa yang menarik dengan basikal ini yang bersaiz kecil dan berat hanya 13 kilogram ialah alas kakinya terletak ditengah-tengah manakala lampu LED belakangnya begitu besar seakan sebuah lampu belakang sebuah motosikal.

Selain dilengkapi paparan meter mini yang menunjukkan jarak perjalanan, tahap penggunaan bateri dan tahap kelajuan, basikal ini juga dipadankan dengan suis lampu hadapan dan hon.

Mahukan lebih laju, tekan sahaja butang M dan pilih tahap kelajuan dari mod 1 kepada 3 maksimum dan basikal ini bergerak laju meluncur di jalan raya.

Brek pada kedua-dua roda basikal ini menggunakan sistem brek cakera yang akan memastikan cengkaman brek yang selamat.

Untuk menyimpannya ke dalam bonet kereta, anda hanya perlu melipat besi hendal dihadapan.

SPESIFIKASI STAR ORBIT

  • Kuasa motor : 36V 350Watt (Highest in Market)
  •  Saiz tayar : 12 Inci Inflated Tyre with Rear Wheel Accelaration
  • HP Battery with 8.8ah Real Capacity
  • Berat keseluruhan : 13 kg
  • Brek cakera Hadapan & Belakang
  • Tripmeter dan Speedometer
  • Paparan skrin LED
  • Kelajuan Maksimum : 20 – 30 Km/h
  • Jarak Maksimum : 25 km – 40 km
  • Berat muatan : 110 kg
  • Kalis air : Normal
  • HARGA : RM1,999

STAR HOPPER HYBRID

Basikal ini dengan berat 15kg, adalah skuter hibrid pertama di Malaysia yang memberi pilihan sama ada untuk menunggang dengan kuasa elektrik penuh, berkayuh atau kedua-duanya sekali.

Kuasa hibridnya menerusi kuasa pecutan 12 inci roda belakang. Ciri-cirinya termasuk brek cakera depan belakang. Hendalnya boleh dilipat, butang hon terbina, skrin paparan LED dan lampu utama serta brek LED tersedia.

Mod elektrik membolehkan ia bergerak sejauh 30 hingga 40km manakala mod hibrid mampu bergerak sehingga 70km.

Apabila anda menggunakan kayuhan pada basikal ini, ia secara automatik meningkatkan tahap kelajuan basikal ini khususnya ketika anda sedang mendaki bukit.

Basikal ini dilihat praktikal bagi mereka yang mahu menggunakannya sebagai pengangkutan untuk membeli barangan di kedai berhampiran rumah kediaman.

Justeru, bagi surirumah yang tidak memiliki motosikal atau malas untuk memandu ke kedai berhampiran, Hopper ini dilihat amat sesuai digunakan kerana sambil menunggang, anda juga boleh bersenam dengan mengayuh basikal ini.

SPESIFIKASI STAR HOPPER HYBRID

  • Kuasa Motor : 36V 350Watt
  • Saiz tayar : 12 Inch Inflated Tyre with Rear Wheel Accelaration
  • HP Battery with 7.8 Ah Real Capacity
  • Berat : 15 kg
  • Pedal Assist System (PAS) for super Uphill slope climb ability.
  • Kerusi boleh diubah ketinggian
  • Suspensi hidraulik untuk keselesaan maksimum
  • Brek cakera hadapan dan belakang
  • Paparan skrin LED
  • Lampu hadapan dan brek belakang LED
  • Kelajuan maksimum : 25 – 30 Km/h
  • Jarak maksimum (Elektrik penuh) : 30km – 40km (bergantung kepada berat penunggang)
  • Berat maksimum penunggang : 120 kg
  • Tempoh cas : 5 jam
  • Kalis air : IP54
  • HARGA : RM2,099

STAR SPEED

Ini adalah skuter paling laris dalam edaran syarikat kerana produk ini cukup praktikal dan mampu digerakkan dengan laju kerana terdapat tiga pilihan kelajuan.

Skuter ini juga diilengkapi suspensi tork berkuasa tinggi dan menggunakan motor berkuasa 36V 350W, pecutan roda depan bersaiz 8.5 inci dengan berat hanya 12kg.

Apa yang menarik dengan skuter ini mengingatkan penulis kepada skuter jenis manual yang ditolak dengan sebelah kaki pada suatu ketika dahulu. Nampaknya sekarang skuter jenis ini lebih canggih apabila motor elektrik dipadankan.

Anda harus bijak mengimbang badan ketika menggunakan skuter jenis ini kerana jika kawalan badan tidak seimbang, risiko untuk jatuh boleh berlaku. Disyorkan anda memakai helmet dan pelindung pad siku atau lutut sekiranya mahu menggunakan skuter ini untuk jarak perjalanan yang jauh.

Star Speed adalah model skuter yang telah memenangi anugerah dan dibina dengan ciri hendal boleh lipat, ketinggian hendal boleh ubah, tripmeter, spidometer, skrin paparan LED, kawalan auto cruise, lampu utama dan lampu belakang LED serta hon.

Jika rumah anda berhampiran stesen LRT atau MRT, anda boleh mencuba berulang alik menggunakan skuter ini kerana ia boleh dilipat dengan mudah dan dibawa masuk ke dalam tren dengan menggunakan beg yang disediakan.

Dengan cas penuh, skuter ini boleh bergerak sejauh 25 hingga 35 km. Mudah bukan!

SPESIFIKASI STAR SPEED

  • Kuasa Motor : 36V 350Watt
  • Saiz tayar  : 8.5 Inch Front Wheel Accelaration
  • Samsung Battery 7.8ah Real Capacity
  • Berat : 12 kg
  • Penyerap hentak hadapan dan suspensi belakang
  • Handel boleh dilipat dan dilaras ketinggian
  • Tripmeter dan Speedometer
  • Paparan skrin LED
  • Ciri kawalan Auto Cruise
  • Tayar jenis Non-Pneumatic, Tiada penyelenggaraan
  • Kelajuan Maksimum : 25 – 35 Km/h
  • Jarak maksimum : 25 Km – 35 Km
  • Berat maksimum penunggang : 120 kg
  • HARGA : RM1,659

Selain ketiga-tiga produk ini, Star Wheels Electronic Sdn Bhd (Star Wheels) turut mengedarkan tujuh lagi produk antaranya Star Pluto, Startron Demon, Startron Mini, Startron Mega, Star Light, Star Cruz dan Hoverboard Monster.

Harga jualan bagi produk-produk ini bermula dari RM889 hingga kepada RM8,399 seunit. Untuk maklumat lanjut mengenai Star Wheels, anda boleh melayari laman web  www.StarWheelsElectronic.com

Anda juga boleh berkunjung ke ibu pejabat syarikat di Setia Alam Selangor manakala pusat servisnya pula terletak di Setia Alam, Subang Jaya dan Puchong Gateway dengan lebih 10 cawangan dan penjual di seluruh negara.

KESIMPULAN

Kehadiran basikal elektrik yang kini semakin meluas digunakan dan mendapat perhatian generasi muda sebagai salah satu mod pengangkutan masa kini seharusnya diberikan galakan dengan menyediakan laluan khas kepada pengguna basikal elektrik ini.

Ini kerana di negara besar seperti China, pihak berkuasa menyediakan lorong basikal yang bukan sahaja digunakan penunggang basikal biasa malah basikal elektrik. Jika di Belanda, negara itu cukup terkenal sebagai negara yang mempunyai pengguna basikal teramai di dunia dan mempunyai lorong basikal lengkap dengan lampu isyarat.

Selain menjadi satu mod pengangkutan yang mesra alam, kos penyelenggaraan produk ini juga rendah dan mampu dibawa ke mana-mana sahaja disebabkan ciri praktikal yang boleh dilipat.

Sekiranya anda seorang pemilik resort atau hotel, penggunaan basikal elektrik ini amat sesuai untuk tempoh jangka panjang kerana ia mesra alam dan menjimatkan kos penyelenggaraan berbanding menggunakan kenderaan yang digerakkan bahan api petrol atau diesel.

Begitu juga jika anda seorang pelajar kolej atau universiti yang memerlukan pengangkutan mudah untuk ke kelas dengan hanya menggunakan skuter atau basikal elektrik ini.

Sebagai pengguna, tentu sekali khidmat selepas jualan adalah penting dan memiliki produk keluaran Star Wheels akan memberi ketenangan sekiranya memerlukan penyelenggaraan pada masa hadapan.

Perkara ini diakui dan ditekankan sendiri oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eric Lee yang memberi jaminan khidmat selepas jualan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web www.starwheelselectronic.com atau laman facebook www.facebook.com/starwheelselectronic atau www.instagram.com/starwheelselectronic

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI : 012-5833882 atau 014-7326630

Star Wheels Electronic Sdn Bhd

(Head Quarter & Service Centre)

No 45-1F, First Floor, Jalan Setia Perdana BA,

Seria 88 Business Centre, Setia Alam,

40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia