Bangunan Lee Rubber terpilih sebagai satu daripada tiga rumah paling berhantu di Kuala Lumpur yang menjadi lokasi utama filem “Walk with Me”.

FILEM arahan legenda “Horror Master” Ryon Lee, menampilkan pelakon Hong Kong seperti Michelle Wai, Alex Lam, Richard Ng, Anna Ng, pelakon Malaysia Evan Chin dan pelakon bertapak di Singapura Qi YuWu.

“Walk with Me” dijangka bakal menjadi hit di pawagam Malaysia bermula 3 Oktober ini. Awas dengan kehadiran budak perempuan menyeramkan daripada filem ini, kerana “Dao Dao”, bakal menghantui anda di pawagam Malaysia.

Arahan dan tulisan Ryon Lee, “Walk with Me” mengisahkan seorang gadis kurang keyakinan diri bernama Sam (Michelle Wai), yang hidup bersama keluarga kurang kasih sayang dan dibuli pula di tempat kerja.

Sahabatnya yang menjadi punca keyakinan hanyalah patungnya yang bernama “Dao Dao”. Setelah rakan serumah pindah mengejut kerana diserang roh, Sam mula menyedari dia diikuti patungnya.

Apabila ibunya (Anna Ng) bersikap aneh, Sam mula percaya patung “Dao Dao” dirasuk roh adik lelakinya yang mati keguguran.

Sam bertemu semula rakan permainan waktu kecil Yok (Alex Lam) dan yakin dengan lelaki itu. Sam berhajat menerusi “Dao Dao”, meminta pertolongan untuk membalas dendam dengan beberapa individu yang membulinya.

Tanpa disangka, permintaannya menjadi nyata dan Sam menyedari keadaan semakin diluar kawalan.

Menurut Ryon Lee, “Walk with Me” membawa kisah kekejaman masyarakat dan bagaimana kisah buli dan diskriminasi telah memusnahkan jiwa suci, seringkali jadi penyebab berlakunya tragedi. Kisah ini mencerminkan kurangnya sifat kemanusiaan yang lebih menakutkan daripada hantu.

Filem ini termasuk dalam percalonan dan menerima pengiktirafan dan perhatian di Busan International Film Festival, New York Asian Film Festival dan Asia Film Festival di Bolgona.

Lee Rubber terpilih sebagai satu daripada tiga rumah paling berhantu di Kuala Lumpur yang menjadi lokasi utama filem “Walk with Me”. Menurut Michelle Wai, rumah itu paling menakutkan dan tingkat dua dikepung keseluruhannya.

Kru hanya dibenarkan melalui tingkat tiga dan balkoni. “Ketika penggambaran, pelakon baru mahu naik ke tingkat dua tetapi saya segera menahannya. Ketika itulah, botol air jatuh dari meja. Sangat menakutkan kerana botol itu diletakkan pada tempat selama atas meja. Kami lantas memohon maaf dan berjanji tidak akan ke tingkat dua,” katanya.

Di dalam filem ini, dia sering membawa patung dan dipenghujung penggambaran, dia meminta untuk membawa patung itu pulang ke Hong Kong. “Saya tak selesa dengan patung itu sebenarnya, tetapi ada satu perasaan membesar dalam diri yang menyebabkan saya mahu bawa patung itu pulang tapi terfikir juga nak letak di mana.

Semua kru termasuk exorcism master berasa aneh, lalu mereka mengambil patung itu dan membawanya pergi,” katanya lagi.

Ada watak utama lain di dalam filem ini – kanak-kanak kecil “Dao Dao”. Dia muncul secara sembunyi disamping pelakon utama dan membantu menunaikan permintaanya menjadi nyata, termasuk membunuh mereka yang membuli Sam.

“Dao Dao” dijadualkan muncul di pawagam Melaka, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor pada 14 September hingga 5 Oktober. Cabar diri anda bertemunya untuk mengutip beberapa “souvenirs”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk facebook mm2 entertainment Malaysia. Jadual “Walk with Me” Dao Dao adalah seperti di bawah:

Filem “Walk with Me”

Pengarah: Ryon Lee
Genre Filem: Seram, Mengejutkan
Pelakon: Michelle Wai, Alex Lam, Richard Ng, Anna Ng, Emily Kwan, Evan Chin, Qi Yu-Wu
Tarikh Tayangan: 03 October 2019

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini