Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican merupakan salah seorang penerima penghargaan dari Kedutaan Arab Saudi Sempena Hari Kebangsaan Arab Saudi ke-89, semalam.

Penghargaan itu disampaikan oleh Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi Di Malaysia Sheikh Abdul Rahman Ibrahim Al Robaian dalam satu majlis ringkas di Kuala Lumpur.

Mustapha menerima bingkai gambar pemandangan sekitar kaabah dari Sheikh Abdul Rahman Ibrahim Al Robaian tengah) disaksikan oleh Mohd Radzi Hassan

Sheikh Abdul Rahman berkata, anugerah itu diberikan kepada Mustapha kerana kerjasama erat yang terjalin antara kedutaan dan NGO antarabangsa yang diterajui oleh beliau.

“Program dijalankan NGO Antarabangsa di Kemboja itu banyak menaikkan imej Malaysia dan saya amat berbangga dengan pencapaian beliau dalam aktiviti kebajikan di sana.

“Antara usaha dilakukan seperti membina masjid, surau, sekolah agama atau tahfiz, tanah perkuburan, jalan raya, membina perigi dan memberi bantuan kepada golongan fakir miskin, mualaf dan anak-anak yatim,” katanya.

Mustapha yang memiiki dedikasi tinggi dalam melaksanakan tugasnya juga boleh dianggap seperti seorang Diplomat yang baik kerana diberi pelbagai anugerah dibeberapa Province di kemboja termasuk Anugerah Tertinggi Negara oleh Perdana Menteri, Hun Sen.

Sheikh Abdul Rahman berkata, di pihak kedutaan, pihaknya memberikan sumbangan kitab suci Al-Quran, sejadah dan lain lain keperluan kepada NGO Antarabangsa bagi kepentingan ummah kerana di Kemboja kita tidak mempunyai Kedutaan Arab Saudi.

Sementara itu, Mustapha mengucapkan perhargaan kepada Kedutaan Arab Saudi yang terus menyokong usaha membantu masyarakat Islam di Kemboja demi kepentingan ummah sejagat.