Kunjungi Jualan Buku Big Bad Wolf Ipoh pada 6 hingga 16 September 2019 untuk menikmati potongan harga buku terendah.
Jualan buku terbesar di dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf bakal kembali ke Ipoh; pada 6 hingga 16 September di Mydin Mall, Meru Raya mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.
Kemasukan ke jualan selama 11 hari ini adalah PERCUMA dan para pencinta buku bakal menikmati diskaun sebanyak 75% hingga 95% berbanding harga runcit yang disyorkan.
Terkenal kerana menawarkan harga yang sangat mampu milik, Jualan Buku Big Bad Wolf bersedia untuk menawarkan beraneka genre buku terdiri daripada fiksyen hinggalah bukan fiksyen yang menyasarkan untuk memenuhi impian para pencinta buku.
Salah satu daripada siri yang dinanti-nantikan di Jualan Buku Big Bad Wolf Ipoh tahun ini ialah Buku Ajaib. Siri pembelajaran pra sekolah dan kisah-kisah dongeng yang menggunakan teknologi augmented reality (AR) serba canggih bagi merevolusikan pembacaan untuk generasi akan datang.
Sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun, Buku Ajaib ini mampu mencipta pengalaman membaca yang interaktif lagi mengasyikkan.
“Salah satu langkah penting untuk membuatkan kanak-kanak tertarik untuk membaca ialah menimbulkan keseronokan dalam pembacaan. Bagi memupuk minat suka membaca sejak dari awal usia, kami sentiasa menerokai judul menarik yang mampu memikat kanak-kanak dalam pelbagai aspek berbeza menerusi proses pembacaan,” kata Pengasas Jualan Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap.
Selain penerbit antarabangsa, lebih daripada 40 penerbit tempatan juga akan mengambil bahagian dalam Jualan Buku Big Bad Wolf. Penerbit seperti Kualiti Books, Sasbadi, PTS dan Pelangi masing-masing akan membawakan judul-judul pendidikan pada harga diskaun.
Tahun ini, Jualan Buku Big Bad Wolf Ipoh akan bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman Negeri Perak dan Teach for Malaysia untuk memupuk semangat suka membaca.
Menyasarkan kanak-kanak berusia dari 5 hingga 17 tahun, Jualan Buku ini akan memulakan inisiatif berkenaan dengan mendermakan 200 buku untuk pembaca-pembaca cilik dari pertubuhan tersebut.
Sertai Pertandingan Foto Kreatif Jualan Buku Big Bad Wolf untuk memenangi Baucar Jualan Buku Big Bad Wolf dan Hadiah Utama.
Rakamkan swafoto istimewa anda di dewan Jualan Buku dan muat naikkan foto berkenaan ke Facebook atau Instagram anda dengan hashtag #BBWIPOHSELFIE2019 dan
#BBWIPOHBOOKHAUL2019. Lima peserta akan dipilih setiap hari untuk memenangi baucher tunai Jualan Buku Big Bad Wolf bernilai RM50 dan salah seorang pemenang tersebut memiliki peluang untuk merebut hadiah utama dalam bentuk sebuah troli dipenuhi buku pada 6 hingga 15
September.
Dapatkan maklumat terkini setiap hari dengan mengikuti #BBWIPOH2019 di:
FACEBOOK: fb.com/bbwbooks
INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks
Maklumat Acara:
Lokasi: Mydin Mall, Meru Raya, Ipoh, Perak
Tempoh Jualan: 6 hingga 16 Sep 2019
Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam
Masuk : PERCUMA!