Tukar Mata Ganjaran BIG dan Mesra dengan mudah dan segera di platform BIG Xchange

AirAsia BIG menambah Petronas Mesra pada platform penukaran mata ganjaran BIG Xchange, menjadikannya rakan kongsi pertama yang menawarkan penukaran mata ganjaran dua hala, untuk memberikan ahli BIG dan ahli Mesra kebebasan memilih cara untuk menggunakan mata ganjaran mereka.

Mulai hari ini, ahli BIG boleh pautkan akaun Petronas Mesra ke akaun AirAsia BIG mereka melalui BIG Xchange, yang boleh didapati di aplikasi mudah alih AirAsia BIG, untuk menukar Mata Ganjaran Mesra ke Mata Ganjaran BIG dan sebaliknya dengan segera pada kadar berikut:

1,250 Mata Ganjaran BIG kepada 600 Mata Ganjaran Mesra
2,000 Mata Ganjaran Mesra kepada 500 Mata Ganjaran BIG

Untuk meraikan kerjasama ini, seramai 10 orang ahli bertuah BIG dan Mesra yang menukar mata ganjaran mereka antara sekarang dan 30 November 2019 berpeluang untuk memenangi 100,000 Mata Ganjaran BIG dan 20,000 Mata Ganjaran Mesra bernilai RM200 setiap orang.

Selain itu, sempena kempen AirAsia BIG 816 BIG World, ahli BIG akan menikmati mata ganjaran tambahan sebanyak 50% sebagai bonus sehingga 16 September 2019 apabila mereka menukar sekurang-kurangnya 1,000 Mata Ganjaran BIG.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Spencer Lee berkata, “AirAsia BIG menandakan satu pencapaian penting pada hari ini dengan melancarkan penukaran mata ganjaran dua hala yang pertama, bersama Petronas Mesra.

Tukaran mata ganjaran adalah kunci untuk memperluaskan penggunaan Mata Ganjaran BIG di luar ekosistem AirAsia. Dengan memastikan penukaran ini dapat dilakukan dalam kedua-dua cara, kami melangkah setapak ke hadapan dalam merealisasikan visi kami untuk menjadikan Mata Ganjaran BIG sebagai mata wang digital untuk semua.”

Petronas Mesra adalah program kesetiaan Petronas Dagangan Berhad yang menawarkan penebusan mata ganjaran segera untuk sebarang pembelian bahan api atau barangan yang dijual di kedai serbaneka, Kedai Mesra.

Mata ganjaran yang terkumpul boleh digunakan untuk menebus bahan api dan barangan dari Kedai Mesra serta tawaran gaya hidup yang lain, memberikan penjimatan hebat kepada para pelanggan apabila mereka berbelanja.

Pada masa ini, ahli Mesra menikmati tiga Mata Ganjaran Mesra untuk pembelian setiap liter bahan api, nilai tertinggi yang ditawarkan dalam pasaran runcit bahan api.

Sementara itu, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, “Kami berbesar hati untuk menjadi syarikat peruncit bahan api pertama yang menawarkan penukaran mata ganjaran dua hala melalui aplikasi AirAsia BIG.

Ini selaras dengan usaha kami untuk memperluaskan tawaran program kesetiaan kami dan untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang mudah dan lancar. Dengan kerjasama ini, ahli-ahli kami kini boleh menguruskan mata ganjaran mereka dengan mudah secara digital dan menikmati tawaran perjalanan dan gaya hidup yang ditawarkan oleh AirAsia.”

Untuk maklumat lanjut mengenai cara mengumpul dan menebus Mata Ganjaran BIG, layari airasiabig.com.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini