Bersempena kempen “Experience Penang 2020” (EPY 2020), Penang Foodie, sebuah syarikat media dengan kerjasama Penang Global Tourism (PGT) telah menghasilkan 20 siri video yang meliputi kepelbagaian makanan dan tarikan terkenal di Pulau Pinang.

SEBANYAK 20 siri video tersebut akan dimuatnaik di laman Facebook Penang Foodie setiap hari Khamis selama 20 minggu bermula pada minggu ini. 20 siri video tersebut mempunyai tema yang berlainan seperti, Penang’s 20 unique experiences, family-friendly activities, historical & cultural spots, best Muslim-friendly food, seafood places and things to do in the mainland, dan lain-lain.

Pada bulan Jun yang lalu, PETACH bersama PGT telah melancarkan kempen pelancongan “Experience Penang 2020, The Diversity of Asia”. Kempen EPY 2020 adalah sempena tahun melawat Malaysia (Visit Malaysia) 2020 dan bertujuan untuk mempromosikan negeri Pulau Pinang kepada pelancong tempatan dan luar negara sebagai sebuah destinasi yang indah dan penuhi dengan budaya, warisan, seni, makanan serta persekitaran semula jadi.

Angka ‘20’ telah dipilih sebagai simbol untuk kesemua video terhadap persiapan tahun 2020 yang bakal tiba tidak lama lagi. Kempen ini diharap dapat menarik pelancong dari seluruh dunia untuk melawat negeri Pulau Pinang pada tahun 2020 yang akan datang.

Kempen “Penang Foodie x Experience Penang 2020” ini telah dilancarkan oleh Yeoh Soon Hin, Ahli Majlis untuk Pembangunan Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan yang juga dikenali sebagai PETACH.

Video pertama dilancarkan hari ini, bertemakan “20 MUST-TRY FOOD IN PENANG”. Video
sepanjang 3 minit ini memaparkan 20 tempat makanan yang menarik di Pulau Pinang dan di Seberang.

Laman Facebook dan Instagram Penang Foodie telah berjaya mengumpul lebih dari 700,000 dan 217,000 pengikut dalam tempoh kurang daripada tiga tahun. Video Penang Foodie mampu mencapai lebih daripada 20 juta jangkauan dan 10 juta paparan setiap bulan. Selain itu, laman web Penang Foodie juga mempunyai 1 juta trafik setiap bulan.

“Penang Foodie mempunyai ramai pengikut tempatan dan antarabangsa. Kami sangat teruja untuk berkongsi pelbagai permata tersembunyi di Pulau Pinang dan menarik lebih ramai pelancong sempena kempen EPY 2020 untuk melawat Pulau Pinang dan juga Seberang,” kata Nicholas Lim, pengasas bersama Penang Foodie.

“Kerjasama dengan Penang Foodie adalah usaha terbaru kami untuk mempromosikan kempen EPY2020 melalui saluran media sosial. Selain daripada Penang Foodie, PETACH telah berkerjasama dengan Online Travel Agency (OTA) terkemuka dunia dan aplikasi video media sosial yang popular, TikTok.

“Kami berharap melalui kerjasama ini, kami dapat menarik lebih ramai orang untuk melawat Pulau Pinang, khususnya generasi muda” kata Yeoh Soon Hin.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini