Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan hebat kepada peminatnya apabila memperkenalkan ciptaan yang menggabungkan kelazatan rasa keju dan keenakan ‘raja buah’ menerusi Durian Cheese Pizza terbaharunya.

Ciptaan istimewa ini bakal mencetuskan fenomena yang tersendiri, sehingga 30 September 2019 di semua rangkaian restoran Pizza Hut dan konsep penghantaran seluruh negara sehingga stok masih ada, memberikan peluang kepada peminat untuk mengalami penyatuan gastronomi paling unik di abad ini!

Ciptaan terbaharu ini meraikan semangat warga Malaysia dengan mengambil inspirasi daripada kecintaan dan minat mereka terhadap durian serta keghairahan mereka terhadap hidangan berkeju.

Ketua Pizza Hut Malaysia, Loi Liang Tok berkata Pizza Hut Malaysia sentiasa berbangga menjadi jenama yang menghubungkan orang ramai menerusi keenakan pizanya dan detik-detik istimewa yang dikongsi bersama.

“Kami sentiasa percaya bahawa minat dan kecintaan mendalam akan menjadikan semuanya lebih istimewa. Durian Cheese Pizza mengetengahkan kesungguhan kami untuk mengukir senyuman dan mewujudkan kebersamaan menerusi detik-detik perkongsian piza, dengan mengolah dan mengangkat dua perisa yang amat dekat di hati rakyat Malaysia,” katanya lagi.

“Hidangan ini akan membawa anda ke sebuah pengembaraan enak di mana deria rasa anda bakal meneroka kawasan yang belum pernah dikunjungi sebelum ini, menerusi kombinasi rasa durian, keju dan piza.

“Sepertimana diketahui, durian memberi letusan rasa berkrim di setiap gigitan yang membuatkan anda berasa ‘sedap tak terkata’,” katanya.

Durian Cheese Pizza boleh didapati secara à la carte dan pilihan kombo di restoran dan penghantaran Pizza Hut. Nikmati kelazatan Durian Cheese Pizza bermula RM44.50 à la carte.