Hari Raya AidilAdha disambut sederhana tetapi meriah dengan kehadiran Menteri Kanan Okhnya Datuk Dr Othsman Hassan dan Mufti Kemboja Okhnya Sos Komari yang sanggup datang ke kampung Islam, Kg Pak Phau walaupun jarak dari Phnom Penh kira kira 4 jam perjalanan menaiki kereta.

Kegigihan beliau jelas menunjukkan sikap ingin bersama masyarakat Islam yang agak besar di kampung ini yang memiliki kira-kira 2,000 orang penduduk dengan majoritinya penduduk Islam dan kelilingi oleh lima kampung kecil.

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, pada kali sebanyak 14 lembu dikorban untuk para penduduk kampung dan tahun ini penuh bermakna buat NGO Antarabangsa dengan kehadiran tetamu kenamaan Kemboja.

Beliau berkata, persiapan menjelang sambutan Aidil Adha juga meriah kerana memberi pendapatan kepada peniaga lembu dan kambing kerana haiwan ternakan itu mendapat permintaan yang tinggi.

“Harga bagi 1 ekor lembu kira-kira 550 Dolar dan 1 ekor kambing 170 Dolar mengikut saiz. Harga standard lembu sekarang antara 550 Dolar atau 600 Dolar.

“Tahun ini tidak ramai yang mengadakan korban seperti tahun-tahun sebelum ini kerana sumbangan untuk ibadah korban tahun ini hanya 16 ekor.

“Namun syukur Alhamdulilah dapat juga saya membuat program korban untuk beberapa kampung yang miskin dan sekolah tahfiz di Kampung Sempadan.

“Kami turut meraikan anak-anak yatim dengan mengadakan majlis kesyukuran solat hajat bersama pelajar Tahfiz,” katanya.

Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menyambut ketibaan Menteri Kanan Kemboja Okhnya, Datuk Dr Othsman Hassan di Kg Pak Phaou
Bersama Dr Othsman Hassan, Sayid Mustafa Pengetua International AlRohman dan Dr Mustapha Ahmad Marican

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini