Michelin syarikat tayar terkemuka di dunia, melancarkan Michelin Pilot Sport 4 SUV untuk Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang berprestasi tinggi.

MICHELIN Pilot Sport 4 SUV direka dengan ciri-ciri jangka hayat yang mampu tahan lama, prestasi brek yang luar biasa, pengendalian yang dinamik dan seterusnya memberi pengalaman pemanduan selesa.

Muhammad Arya Subrata, Michelin Malaysia’s Commercial Director B2B and Bibendum with the MICHELIN Pilot Sport 4 SUV tyre

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Pascal Nouvellon berkata, tayar itu melengkapkan rangkaian produk Pilot Sport dengan padanan teknologi sukan permotoran yang terkini dan peningkatan kecekapan untuk memberi kepuasan pemanduan tanpa had yang selamat.

“Tayar keluaran ini mempunyai corak bunga lebih baik dan bahan sebatian tayar yang baharu untuk cengkaman lebih mantap dan prestasi brek cemerlang pada jalan basah, selari dengan slogan “Out there, you are always in control.” (“Sentiasa dalam kawalan, di mana sahaja.”)

Dihasilkan dengan bahan sebatian baharu yang menggabungkan fungsi inovatif elastomer dan silika, tayar itu mengungguli ujian pengendalian di permukaan jalan basah yang dijalankan bersama tayar daripada jenama terkemuka lain.

Ujian itu mencatatkan masa sehingga 5.06 saat lebih pantas untuk melengkapkan trek sepanjang 1,050 meter berbanding pesaingnya*. Tayar itu juga mendahului dalam ujian brek di permukaan jalan kering dengan catatan jarak sehingga 2.7 meter lebih pendek daripada pesaing**.

Manakala, di permukaan jalan basah, kenderaan mampu membrek sehingga 4.9 meter lebih pendek dengan tayar baharu dan sehingga 8.5 meter lebih pendek dengan tayar terpakai berbanding pesaing**.

Tayar SUV itu hadir dengan reka bentuk alur asimetri baharu yang menguatkan corak bunga dan memberikan cengkaman maksima semasa berselekoh. Lilitan tali sawat hibrid yang diperbuat daripada aramid dan nilon juga menjanjikan tindak balas kawalan dinamik dan ketepatan pemanduan.

Menawarkan jangka hayat yang baik sehingga 13,000 kilometer lebih berbanding tayar daripada jenama terkemuka lain***, MICHELIN Pilot Sport 4 SUV mengangkat reka bentuk pintar yang menggabungkan blok bunga yang kukuh dan lapisan pelindung berkapasiti tinggi untuk meningkatkan ketahanan terhadap kerosakan.

“Kami memberikan sentuhan reka bentuk eksklusif dengan menampilkan 91% kemasan berwarna hitam yang elegan untuk menyerlahkan SUV dengan penampilan gaya sporty. Ia juga dioptimumkan bagi keselesaan penumpang dan meminimumkan bunyi bising untuk memberi pengguna pengalaman pemanduan yang menakjubkan,” kata Pascal.

Tayar baharu ini boleh didapati di TYREPLUS dan semua pengedar sah Michelin di seluruh negara dalam 39 pilihan saiz untuk rim kenderaan dengan diameter 17 hingga 23 inci. Pelindung rim juga boleh didapati bagi semua dimensi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com.my.

* Ujian luaran dijalankan oleh perkhidmatan produk TUV SUD, atas permintaan Michelin, pada Ogos 2018, menggunakan dimensi 235/60 R 18 pada Audi Q5 2.0 TDI di atas trek sepanjang 1,050 meter.

** Ujian luaran yang dijalankan oleh perkhidmatan produk TUV SUD, atas permintaan Michelin, pada Ogos dan September 2018, menggunakan dimensi 235/60 R 18 pada Audi Q5 2.0 TDI dengan membandingkan tayar MICHELIN PILOT SPORT 4 SUV yang BAHARU dan TERPAKAI dengan enam tayar daripada jenama lain.
Tayar terpakai tersebut telah digunakan pada mesin sehingga bunga tayar mencapai kedalaman Penunjuk Kehausan Bunga Tayar (TWI – Tread Wear Indicator) berdasarkan peraturan Eropah bagi Tread Wear Indicator ECE R30r03f.

***Ujian jangka hayat yang dijalankan oleh PUSAT UJIAN DEKRA, atas permintaan Michelin, pada Ogos dan September 2018, menggunakan dimensi 235/60 R 18 pada Hyundai Santa Fe CRDi dengan membandingkan tayar MICHELIN PILOT SPORT 4 SUV dengan enam tayar daripada jenama lain. Ujian jangka hayat dijalankan dalam penggunaan sebenar (D50) secara purata dengan perjalanan sejauh 10,000 km dan ekstrapolasi jangka hayat sehingga 1.6mm.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini