Seramai 20 pembeli telah menerima kunci rumah baharu mereka daripada TH Properties Sdn Bhd di majlis serah kunci bagi Eliya, rumah teres dua tingkat di Warisan Puteri 2.
MAJLIS serah kunci tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pembeli dan meraikan penyiapan 99 unit Eliya, yang dilancarkan oleh Kumpulan pada April 2017.
Fasa 1B Eliya adalah salah satu daripada rumah mampu milik yang ditawarkan ke pasaran di bandar Seremban yang sedang pesat berkembang. Eliya boleh didapati dalam dua pilihan reka bentuk, dengan ruang binaan antara 1,806 kaki persegi hingga 1,810 kaki persegi dan saiz lot 20’ x 70’ untuk unit tengah.
Dalam usaha memenuhi penyata misinya untuk menyediakan produk yang berkualiti dan inovatif, TH Properties Sdn. Bhd. menerusi anak syarikatnya, THP Hartanah Sdn. Bhd.,
menawarkan Eliya pada harga bersih bermula daripada RM408,870 bagi lot bukan Bumiputera.
Kelebihan utama Eliya ialah dua muka rumah yang moden dan kontemporari dengan warna berunsur bumi yang anggun, berilhamkan kawasan hijau nan subur di sekelilingnya.
Dengan 4 bilik tidur, 3 bilik air, ruang keluarga khas, dapur kering dan basah dan juga tempat letak kereta cukup luas untuk 2 buah kereta, rumah in menjanjikan keselesaan dan ketenangan fikiran.
Dibina di atas sebidang tanah seluas 10.96-ekar, Eliya terletak kira-kira 10 km dari pusat bandar Seremban dan mudah ditujui dari Seremban melalui Jalan Sikamat dan Jalan Jelebu dan dari Kuala Lumpur melalui persimpangan Ampangan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).
Pembangunan ini juga dikelilingi oleh kemudahan dan prasarana moden seperti Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Kelab Golf Antarabangsa Seremban, sekolah rendah dan menengah Bandar Warisan Puteri dan Stadium Paroi.
Eliya ialah fasa kedua Warisan Puteri 2, pembangunan kediaman bercampur seluas 98.4 ekar, dan Warisan Puteri 2 ialah fasa terakhir bandar satelit Warisan Puteri yang matang.
Eliya akan menempatkan 1,105 unit kediaman dan komersial bebas.
“Fasa pertama Warisan Puteri 2, Sutera telah 95% dijual, dan dengan sambutan luar biasa yang kami terima terhadap Eliya, kami yakin bahawa rumah-rumah kami menjadi kediaman pilihan utama bagi ramai pembeli. Memandangkan lokasi Warisan Puteri 2 yang mudah ditujui dan ditawarkan pada harga menarik, rumah-rumah di sana menjadi pelaburan yang boleh membuahkan hasil.
Malah, kebanyakan projek pembangunan kami terdiri daripada kediaman mampu milik,” kata Zaidi Baharudin, Pengurus Besar, Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Kumpulan TH Properties.
“Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh generasi muda hari ini, terutamanya pembeli rumah pertama semasa membeli hartanah. Malah kami benar-benar percaya bahawa hartanah patut dimiliki oleh semua.
Pembangunan lain TH Properties di Negeri Sembilan juga termasuk The Villas, banglo dua tingkat dengan kawasan binaan 4,313 kaki persegi, dan Pristine, rumah teres dua tingkat dengan kawasan binaan 1,584 kaki persegi. Kedua-dua projek adalah antara pembangunan terbaru di Bandar Enstek.
TH PROPERTIES SDN BHD
Kumpulan Syarikat TH Properties ialah anak syarikat milik penuh Lembaga Tabung Haji, dengan bidang kepakaran utama dalam pembangunan hartanah, pembinaan, pengurusan projek serta pengurusan aset dan kemudahan.
Kumpulan TH Properties juga memajukan Bandar Enstek di Negeri Sembilan, sebuah bandar yang semakin matang seluas 5,119 ekar.
Projek Kumpulan semasa yang lain termasuk Pesisiran Residences di Bukit Pelindung, Kuantan (rumah berkembar dan banglo). Rangkaian hartanah kediaman TH Properties
termasuk Kota Semarak di Kuala Lumpur (pangsapuri perkhidmatan), Keramat Green di Taman Keramat Permai, Hulu Kelang (kondominium), Bayan Lepas, Pulau Pinang
(pangsapuri perkhidmatan dan hotel) dan Sofea Residensi di Kota Bahru (pangsapuri perkhidmatan).
Di peringkat antarabangsa, Kumpulan TH Properties setakat ini telah memajukan enam projek kediaman di Sydney, Australia menerusi usaha sama 50:50 dengan pemaju
tempatan, yang mana dua telah siap dibina.