Maxis dan UKM menandatangani MoA untuk mencipta kandungan video pembelajaran digital untuk eKelas bagi mata pelajaran Sains, Matematik & Bahasa Inggeris

PELAJAR-pelajar eKelas Maxis boleh mengharapkan kandungan baru yang menarik sementara portal pembelajaran digital tersebut diperkayakan dengan satu siri video asli untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Maxis memulakan projek untuk menghasilkan kandungan video ini bersama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan mereka pada 17 Jun 2019.

Mewakili UKM adalah Naib Canselor, Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Dr.
Imran Ho Abdullah, manakala pasukan Maxis diketuai oleh Pengerusi, Raja Tan Sri
Arshad Raja Tun Uda; Ketua Pegawai Eksekutif, Gokhan Ogut; Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Paul McManus; dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Mariam Bevi Batcha.

Melalui perjanjian tersebut, Maxis dan UKM akan mencipta kandungan video pembelajaran digital untuk mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk eKelas, selaras dengan sukatan pelajaran pendidikan Malaysia.

Tiga bengkel yang mempunyai 20-30 peserta setiap sesi akan dijalankan, dengan sasaran untuk menghasilkan sehingga 10 video setiap bengkel. Antara fakulti-fakulti yang mengambil bahagian dari pihak UKM adalah Fakulti Pendidikan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Sains & Teknologi, dan Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI).

“Perkongsian kami dengan Maxis untuk mencipta kandungan adalah inisiatif penting ke arah ini, dan sejajar dengan peningkatan keupayaan akademik dan penyelidikan kami. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Maxis dan berharap dapat mencapai hasil diinginkan dari projek ini,” kata Prof. Ir. Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor UKM.

Semasa fasa percubaan yang berlangsung selama dua bulan, Maxis bekerjasama dengan Fakulti Pendidikan UKM pada tahun lepas untuk bengkel penciptaan kandungan, yang telah menghasilkan bank video untuk mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris yang dicipta oleh pelajar-pelajar fakulti.

Bekerjasama dengan Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran UKM bersama-sama dengan 20 pelajar daripada fakulti itu, projek tersebut termasuk sesi kumpulan fokus dengan pelajar eKelas yang diadakan di Pusat Internet Semenyih, diikuti oleh dua bengkel di UKM yang menampilkan pakar penceramah dan sebuah studio rakaman di Hab Inovasi Pembelajaran Fakulti Pendidikan UKM untuk merekodkan pelajar-pelajar pencipta yang mengambil bahagian.

Melalui bengkel tersebut, mereka menghasilkan dua senarai video yang mengajar pelajar untuk menyelesaikan persamaan Algebra (Algebra bersama Cikgu-Cikgu UKM) dan belajar bahasa Inggeris semasa dalam suasana percutian sekolah (Learn English While on Holiday with UKM Teachers).

eKelas adalah program komuniti utama Maxis yang bertujuan untuk mencungkil potensi serta meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar di komuniti luar bandar. Ia adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah untuk pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5, yang membawa pengayaan pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi akses kepada kandungan pendidikan berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.

Memberi tumpuan kepada subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, para pelajar akan didedahkan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman dengan pertandingan dan
projek kumpulan, serta sesi motivasi oleh bakat muda Maxis.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini