Jumlah jualan sebanyak 10,611 pada Mei merupakan yang tertinggi dicapai sejak Julai 2015

BULAN Mei 2019 merupakan bulan bermakna bagi Proton di mana syarikat berjaya mencatat angka jualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan.

Sebanyak 10,611 unit kereta dijual pada bulan lepas, meningkat sebanyak 51.3% berbanding April dan mendorong pertumbuhan jualan keseluruhan bagi lima bulan pertama tahun ini kepada lebih 70% berbanding tempoh masa sama pada 2018.

Peratusan pegangan pasaran untuk bulan tersebut dianggarkan pada 17.2% menandakan satu lagi catatan cemerlang sejak Januari 2016.

Pertumbuhan jualan Proton yang kukuh pada 2019 diterajui oleh model-model yang menawarkan ciri-ciri pintar. Penyumbang utama pada pertumbuhan kukuh ialah Proton X70, SUV pertama dan model yang menjadi pilihan utama bagi kelas SUV premium dan executive.

Sebanyak 2,439 unit dijual pada Mei dan secara keseluruhan, sebanyak 13,572 unit telah diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, sekali gus Proton X70 kekal peneraju pasaran SUV dalam jualan keseluruhan.

Penawaran ciri-ciri pintar pada model-model Proton lain juga jelas dilihat dalam jualan bulan pertama Proton Persona dan Iriz 2019. Model terdahulu telah mengakhiri bulan tersebut dengan jualan sebanyak 2,972 unit manakala model terkini berjaya memperoleh jualan mengagumkan iaitu sebanyak 940 unit, mencatatkan angka tertinggi setakat ini selama tempoh lebih dua tahun.

Dengan hampir 4,000 unit yang dijual, angka jualan untuk kedua-dua model baharu ini telah mencapai sebanyak 36% daripada keseluruhan jualan Proton dan yang lebih penting, dengan lebih daripada 10,000 tempahan diterima setakat ini, dijangka terdapat lebih tempahan diterima dalam beberapa bulan yang akan datang

“Strategi Proton bagi separuh kedua tahun ini adalah untuk terus meningkatkan jualan dengan memperkenalkan model-model sedia ada yang telah ditambahbaik serta meningkatkan pengalaman pelanggan dengan membuka lebih banyak cawangan 3S/4S kerana usaha ini telah mendapat maklum balas positif dari pelanggan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini