Trak Tayar Zon Pertama untuk Apollo Tyres tersebut menawarkan kemudahan dan servis yang canggih termasuk penjajaran tayar untuk lori dan treler serta pengimbangan tayar

APOLLO Tyres, salah satu pengeluar tayar terkemuka di dunia telah merasmikan Zon Trak Tayar Zon Apollo (Apollo Truck Tyre Zone – ATTZ) di Malaysia, sebuah pusat sehenti untuk tayar kenderaan komersial.

Launch of Apollo Tyres’ first Truck Tyre Zone (ATTZ) in Malaysia

Pembukaan pusat baharu ini sejajar dengan fokus Apollo Tyres untuk memberikan pelanggan mereka akses kepada pelbagai kemudahan profesional yang ditawarkan.

Lengkap dengan teknologi automotif yang moden, pusat tersebut akan diuruskan oleh Sin Chu Hin, salah seorang perintis dan pakar di dalam industri tayar di selatan Malaysia.

Gabungan ini, yang pertama untuk Apollo Tyres di luar India akan membolehkan produk dan perkhidmatan berkualiti dimanfaatkan ke pasaran Malaysia di samping
memberikan nilai tinggi untuk para pelanggan.

Satish Sharma, Presiden, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Apollo Tyres Ltd berkata, Apollo komited menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.

Pusat servis trak yang canggih ini menggabungkan pengalaman luas Apollo berkaitan trak
dan bas dengan pengalaman 80 tahun Siu Chu Hin dalam pasaran tempatan.

Ini dapat memberikan pelbagai servis dan solusi untuk para pelanggan kami di Malaysia dan mengukuhkan lagi keazaman kami untuk komited dalam industri automotif di Malaysia.”

Selain daripada memberi cadangan yang berasaskan aplikasi untuk tayar, ATTZ akan dilengkapi dengan alatan canggih termasuk mesin penjajaran tayar berkomputer untuk trak dan treler, penukar tayar automatik dan akan turut menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh berkaitan tayar untuk trak dan bas.

Servis ini dijangka mengurangkan kos penyelenggaraan pelanggan serta menjimatkan penggunaan minyak. ATTZ juga mempunyai pusat latihan untuk membimbing pelanggan dalam membuat keputusan dalam pembelian tayar yang sesuai untuk mereka.

Sempena pelancaran zon trak tayar tersebut dan musim perayaan Hari Raya yang bakal tiba, Apollo Tyres menawarkan para pelanggannya baucar dengan setiap pembelian tayar lori.

ATTZ turut menawarkan pakej servis istimewa untuk semua jenis tayar kenderaan komersial dalam pasaran. Pusat servis akan dibuka dari Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 7 malam untuk memenuhi permintaan pelanggan terutamanya bagi mereka yang datang daripada jauh.

Untuk membuat janji temu atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang servis dan kemudahan yang ditawarkan, anda boleh menghubungi ATTZ di talian 07–4152682 atau kunjungi mereka di No 2, Jalan Kolek, Kawasan Perindustrian Tongkang Pecah, 83010 Batu Pahat, Johor.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini