Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech) menyumbang sebanyak RM60,000 kepada Program Angkat 1.0 anjuran Academia-Industry Talent Exchange Program
(“AIxCHANGE”): CEO @Faculty Program 2.0 Cycle 2 dan EPIC Homes (“Extraordinary People Impacting Community”), badan bukan kerajaan (“NGO”) yang aktif bergiat memudahkan pembangunan dan membolehkan penyelesaian perumahan berasaskan kemasyarakatan untuk komuniti Orang Asli.

MELALUI program ini, seramai 25 orang kakitangan daripada Kelab Sukan Duopharma Biotech mengorbankan masa dan tenaga mereka mendirikan sebuah rumah untuk Kaseh A/L Sidin dan keluarga.

Mereka bukan sahaja bertungkus lumus membina rumah tersebut malah turut menjalini
hubungan persahabatan dengan masyarakat Kampung Orang Asli Gurney yang ramah.

Mohd Idzwan Mohd Malik, Presiden Kelab Sukan Duopharma Biotech berkata bahawa mereka mungkin tidak berpengalaman mahupun mempunyai kemahiran dalam bertukang, namun berjaya menyiapkan projek itu mengikut tempoh tiga hari yang ditetapkan di bawah pengawasan dan tunjuk ajar EPIC Homes dan juga bantuan daripada Orang Orang Asli yang baru mereka kenali.

“Projek ini amat mencabar tetapi sangat menyeronokkan dan kami memberikan yang terbaik demi merealisasikan impian Kaseh dan keluarganya. Kesemua 25 sukarelawan Duopharma Biotech adalah daripada jabatan berbeza tetapi ini tidak menghalang kami untuk bekerjasama bagi memenuhi matlamat kami.

Pengalaman ini bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan antara kami malah menjangkauinya kerana kami turut menjalin persahabatan baru dengan masyarakat Orang
Asli di Kampung Gurney ini,” katanya.

Tun Siti Hasmah and Leonrad Ariff, (third from right) handed over the mock key to the Orang Asli

Majlis ini menjadi lebih bermakna bagi Kaseh sekeluarga apabila isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, turut hadir bagi menyampaikan kunci rumah secara peribadi kepada mereka.

“Kami amat bersyukur dan berbesar hati atas kesempatan yang diberikan oleh pihak Duopharma Biotech. Anak-anak kami sangat teruja untuk berpindah ke rumah baru yang dilengkapi dengan dua buah bilik tidur, dapur kering serta ruang tamu yang luas. Kami amat gembira.

“Memiliki rumah baru serta menerima kunci daripada Tun Dr Siti Hasmah menjadikan pengalaman ini amat manis!” kata Kaseh.

Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, berkata bahawa syarikat itu amat bersyukur dan terharu kerana berpeluang melibatkan diri dalam projek amal sebegini yang bertujuan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli.

“Usaha terkini kami ini merupakan salah satu inisiatif untuk menyumbang kepada golongan yang memerlukan sejajar dengan matlamat kami untuk menjadi sebuah syarikat yang
bertanggungjawab serta prihatin dalam memperbaiki kehidupan golongan yang memerlukan dan masyarakat yang terpinggir di negara ini.

Turut hadir ialah Dr Hamidah Mat, isteri kepada Menteri Pendidikan; June Leow Hsiad Hui, Ahli Parlimen Hulu Selangor; Dato’ Prof. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, pihak pengurusan kanan dan para pekerja Duopharma Biotech.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini