Kebanyakan industri minyak dan gas dikenali sebagai mencabar, sukar dan sering didominasi oleh golongan lelaki.

NAMUN tidak ramai yang tahu bahawa disebalik tadbir, industri itu turut disokong oleh beberapa golongan wanita yang turut memainkan peranan menyumbang tenaga ke arah pembangunan negara.

LTS 3000

Walaupun wanita terbabit tidak secara langsung berada dilapangan minyak atau platform minyak melakukan kerja-kerja berat dibawah matahari terik, sumbangan mereka di bilik mesyuarat atau lembaga pengarah ialah merangka arah tuju firma masing-masing dalam memajukan syarikat.

Dibawah ini disenaraikan beberapa ‘heroin’ yang tidak didendangkan yang turut memainkan peranan penting dalam membangunkan sektor minyak dan gas negara.

Dato Raiha Azni Abdul Rahman

Ketua Sumber Manusia Petronas, Dato’ Raiha Azni Abd Rahman

Naib Presiden Kanan Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Dato’ Raiha Azni Abd Rahman adalah antara ‘bunga’ dikalangan kumbang.

Beliau adalah satu-satunya wanita dalam kumpulan pengurusan Petronas dan ini tidak menghalang beliau menyumbang tenaga kepada Petronas sejak 34 tahun lalu.

Raiha Azni kini mengambil berat kebajikan kira-kira 50,000 kakitangan Petronas seluruh dunia dan ini bukannya satu tugas yang mudah.

Dalam satu perjumpaan pemimpin wanita di Kuala Lumpur, baru-baru ini Raiha Azni berkata, industri minyak dan gas dimonopoli oleh golongan lelaki semata-mata tetapi kini tidak lagi.

Beliau berkata, lebih ramai wanita kini sedang dilatih untuk menjadi pemimpin masa depan syarikat minyak negara ini.

Raiha Azni sudah berkhidmat dengan Pengurusan Sumber Manusia Petronas sejak 34 tahun dan masih mengekalkan jawatannya sejak 2014.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kumpulan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia pada 2012. Beliau memegang beberapa jawatan di Petronas Exploration and Production Business, Petronas Carigali Sdn Bhd, Petronas Gas Bhd dan Malaysian International Trading Corporation Sdn Bhd.

Chow Mei Mei

Sapura Energy Berhad’s Chow Mei Mei

Chow Mei Mei dilantik sebagai Naib Presiden Kanan, Penasihat Kewangan dan Perancangan Portfolio Sapura Energy Berhad sejak Mei 2012.

Susulan itu, beliau kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan Kumpulan Jabatan Kewangan dan Strategi 2015.

Beliau juga pernah berkhidmat di Sapura Energy sebagai Naib Presiden Kanan, Jabatan Perancangan Perniagaan dan Strategi Kumpulan dari 2012 hingga 2015.

Beliau juga adalah Pengarah Eksekutif Kewangan Korporat dan Perbendaharaan Kumpulan serta Pengarah Perbendaharaan dan Kewangan Korporat di SapuraCrest Petroleum.

Chow memiliki Sarjana Muda Sastera (Kehormat) dalam Pengajian Perniagaan, University of South Wales UK. Beliau juga ahli Institute of Chartered Accountants England and Wales dan ahli Chartered Institute of Marketing, United Kingdom.

Hibiscus Petroleum Catherine Chow

Catherine Chow yang juga Naib Presiden Perbendaharaan Hibiscus adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pengkhususan dalam Kewangan dan Perbankan Islam dari Universiti Islam Malaysia.

Catherine membawa pengalaman dalam sektor perkhidmatan kewangan selama 27 tahun merangkumi bahagian jualan dan belian dalam industri yang mana selama 11 tahun berada dalam perbendaharaan korporat termasuk pengurusan risiko korporat, pengurusan pengaliran tunai, pengurusan kredit dan inisiatif pengurusan modal.

Sepanjang lima tahun, beliau aktif terbabit dalam aktiviti kewangan rentas-sempadan membabitkan pelbagai projek berasaskan kewangan atau korporat selain pengurusan kredit dan perhubungan bank.

Sapura Energy Berhad Datin Paduka Kartini Haji Abdul Manaf

Datin Paduka Kartini dilantik menganggotai Sapura Energy Berhad sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas pada April 2019.

Kartini memulakan kariernya dengan Permodalan Nasional Berhad pada Mac 1983 dan kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden Pelaburan Strategik Sapura.

Sepanjang karier selama lebih 30 tahun di PNB, beliau terbabit dalam pelbagai aspek pengurusan pelaburan dan kewangan korporat termasuk penggabungan dan pemilikan, penyusunan korporat, pengurusan portfolio, pelaburan hartanah dan pada masa sama pembangunan perniagaan.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Ohio University, Amerika Syarikat.

Dialog Group Berhad, Evelyn Ho

Evelyn Ho ialah Ketua Pegawai Eksekutif Dialog Digital Ventures, Ketua Teknologi Digital dan Pemangku Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan.

Beliau menyertai Dialog pada 2000 sebagai Ketua Pegawai Perancangan dan sebelum ini memegang jawatan Ketua Runcit Petroleum dan Pengarah Pembangunan Korporat pada Januari 2004 dan Ogos 2007.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda Kewangan Korporat dari University of North Texas, Amerika Syarikat.

Beliau memiliki lebih 26 tahun pengalaman kerja dalam pembangunan strategi makro dan pengurusan risiko.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini