LBS Optimis Dengan Projek Perbandaran Baru Dengkil Kerana Permintaan Yang Tinggi Untuk Perumahan Mampu Dimiliki

LBS Bina Group Berhad (LBS), meneruskan rancangan 2019 dengan melancarkan pembangunan perbandaran baru seluas 633 ekar, Kita @ Cybersouth, yang terletak di Cybersouth Dengkil.

Pembangunan perbandaran baru yang bertemakan ‘kemudahan gaya hidup’ ini memenuhi
keperluan keluarga moden dan kehidupan kemasyarakatan. Pembangunan ini terdiri
daripada rumah teres, rumah bandar, pangsapuri perkhidmatan, kedai serta unit komersial.

“LBS bangga menjadi pemaju bagi rakyat yang benar-benar memahami keperluan pembeli
rumah. Projek perbandaran terbaru dengan harga rumah yang berpatutan ini memenuhi
permintaan untuk perumahan mampu milik yang kian meningkat, serta menyokong agenda
perumahan negara kerajaan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San.

Dibina berdasarkan kemampu milikan, perhubungan dan komuniti, perbandaran yang
mampan ini akan memenuhi permintaan pembeli rumah moden yang semakin meningkat
untuk rumah yang berkualiti dan mampu dimiliki.

Perumahan ini direka dengan teliti untuk memenuhi kehidupan yang praktikal dan selesa. Ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan kawasan komunal untuk menjalin silaturahim antara penduduk serta membina komuniti yang ceria.

LBS percaya strategi penawaran aktif lebih banyak produk berkualiti yang memenuhi
permintaan pasaran akan menyumbang kepada momentum pertumbuhan untuk mencapai
hasil penjualan sasaran sebanyak RM1.5 bilion 2019.

“Kami telah menyaksikan perkembangan pesat di Dengkil kerana kawasan ini telah
mendapat manfaat daripada pertumbuhan sosio-ekonomi di koridor selatan Lembah Klang.
Oleh sebab Lembah Klang sedang meneruskan perkembangan ke arah selatan, Dengkil akan menjadi titik utama seterusnya untuk pembangunan hartanah.

Fasa pertama dan kedua Kita @ Cybersouth, yang terdiri daripada 1,077 unit rumah teres
dua tingkat dan rumah bandar untuk pembeli Melayu, telah dibeli semasa pelancaran awal
pada bulan November tahun lepas.

Kejayaan fasa awal tersebut telah mendorong pelancaran fasa baru bernama, ‘Kita Harmoni’ yang merangkumi 674 unit rumah teres dua tingkat berukuran 20’ x 65’, dengan harga bermula daripada RM560,000.

Dengan harga berpatutan, ketersambungan yang baik serta persekitaran mampan yang menggalakkan hubungan kekeluargaan, ‘Kita Harmoni’ dijangka akan menerima sambutan yang sama hangat dari pasaran.

Menyokong usaha kerajaan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dalam
merealisasikan agenda perumahan negara, LBS memperkenalkan “Kita Impian” di perbandaran baru Kita @ Cybersouth. “Kita Impian” menawarkan 964 unit pangsapuri
servis berharga daripada RM250,000 dengan keluasan binaan 551 dan 901 kaki persegi.

Kita @ Cybersouth mudah diakses melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Putrajaya-
Cyberjaya melalui Lebuhraya Elite, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Selatan Lembah Klang (SKVE), Lebuhraya Utara-Selatan (NKVE), Lebuhraya Damansara-Puchong
(LDP) dan Jalan Dengkil-Banting.

Ia juga terletak di sekitar kawasan berkemudahan awam seperti sekolah serta institusi
pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, seperti Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya, Universiti Heriot-Watt Malaysia, Universiti Limkokwing dan Universiti Xiamen.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini