Pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia, TC Euro Cars (TCEC), baru-baru ini mengumumkan keputusan untuk kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ dan mengadakan upacara penyampaian hadiah.

SEBANYAK 85 hadiah bertuah telah dibawa pulang termasuk lima unit hadiah utama iaitu Apple iPhones XS baharu, selain daripada 50 kad hadiah petrol bernilai RM100 setiap satu and 30 pek hadiah eksklusif Renault.

Kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ dianjurkan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk memandu Renault supaya mereka lebih mengenali pemanduan luar biasa yang ditawarkan oleh Perancis.

Diadakan di bilik pameran Renault di seluruh negara bermula dari 7 November hingga 31 Disember 2018, Kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ ini juga terbuka kepada pelanggan GoCar yang memandu uji Captur melalui platform ‘ride-sharing’ sepanjang tempoh kempen.

‘Kami bersyukur kerana begitu ramai orang telah mengambil bahagian dalam ‘test drive challenge’ ini dan memandu uji kenderaan Renault. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kami berharap untuk mengadakan lebih banyak kempen sedemikian supaya jenama Renault lebih dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia serta memberi lebih banyak dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan Renault,” kata Kuan Kim Luen, Ketua Pegawai Eksekutif, TC Euro Cars Sdn Bhd.

Renault Koleos and Captur

Lima orang pemenang hadiah utama termasuk Siti Noriah Arshad, 47, Rohazlin Zukkafli, 34, Ganesh Kumar Manokara, 36, Mohamed Al-Azadi Aljohari, 36, dan Amran Md Shaari, 51, yang telah menyertai kempen ini melalui ‘test drive experience with GoCar’.

“Saya sangat terkejut apabila diberitahu yang saya merupakan salah seorang pemenang hadiah utama. Terima kasih saya ucapkan kepada TCEC dan Renault kerana menganjurkan kempen ini.

“Ini memanglah kehendak hati saya kerana saya agak berminat untuk memandu uji Koleos, selepas mendengar cadangan seorang pelanggan saya yang memiliki Captur. Pengalaman memandu uji Koleos memang hebat.  Saya amat kagum dengan ruang dalaman Koleos yang mewah, lampu kabin yang boleh diubah suai dan prestasi yang hebat,” kata Mohamed Al-Azadi Aljohari.

Ganesh Kumar Manokara yang memandu uji Captur pula berkata pada mulanya dia cuma tertarik hati dengan hadiah Apple iPhone XS walaupun dia tidak pernah terfikir dia begitu bertuah.

“Saya sangat gembira kerana telah dipilih sebagai salah seorang pemenang dan saya juga menghargai pengalaman baik saya bersama perunding jualan Renault yang membantu saya sepanjang proses pembelian saya,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini