Pelbagai Pengiktirafan Memperkukuhkan Kedudukan Pemaju Hartanah Sebagai Salah Satu Yang Terbaik Di Malaysia
LBS Bina Group Berhad (LBS) sekali lagi menjadi salah satu pesaing utama dengan dengan merangkul Anugerah All-Star Awards – Top Ranked Developers of The Year, Anugerah Pilihan Pembaca (Readers’ Choice Award); Anugerah penghormatan (Honour) dalam kategori Cornerstone untuk pembangunan Desiran Bayu; Anugerah Merit dalam kategori The Five Elements untuk pembangunan Kita @ Cybersouth; Anugerah Merit dalam kategori Starter Home untuk pembangunan Simfoni Perdana; dan kategori Skyline untuk Residensi Bintang Bukit Jalil.
“Kami amat bersyukur dengan pengiktirafan yang diberikan. Ini merupakan pencapaian yang besar kerana ia mengiktirafkan usaha kami dalam mewujudkan dan membina perumahan yang memenuhi keperluan pembeli rumah, khususnya dalam tiga aspek utama iaitu mampu dimiliki, perhubungan dan komuniti.
Anugerah ini adalah bukti kejayaan pembangunan kami dalam memenuhi standard tertinggi industri hartanah serta memenuhi keperluan pembeli rumah di Malaysia,” kata Pengarah Kumpulan Urusan LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San.
LBS merangkul Anugerah All-Star Awards – Top Ranked Developers of The Year di kalangan 11 pemaju tempatan dan diiktiraf sebagai salah satu pemenang utama dalam Anugerah Pilihan Pembaca. Kedua-dua anugerah ini adalah pengiktirafan hasil usaha berterusan dan pencapaian LBS selama ini.
LBS memperoleh Anugerah penghormatan (Honour) dalam kategori Cornerstone – Pembangunan Rendah Terbaik untuk projek Desiran Bayu. Projek ini adalah pembangunan berpagar di Puchong Prima, merangkumi 598 unit kediaman yang terdiri daripada rumah teres dua tingkat, rumah berkelompok dan unit berkembar. Ia mempunyai susun atur yang dirancang dengan baik dan merupakan satu pilihan menarik untuk pembeli rumah.
Lokasi Desiran Bayu adalah strategik, dengan akses mudah ke pelbagai kemudahan serta perhubungan; dan ia juga memenuhi keperluan kelengkapan dan keselesaan pembeli.
Sebagai pemaju perbandaran yang terkenal, LBS juga berjaya menerima Anugerah Merit, dalam kategori The Five Elements – Perbandaran Komprehensif Terbaik untuk projek Kita @ Cybersouth. Strategi LBS dalam memanfaatkan pembangunan perbandaran yang komprehensif dengan ciri-ciri yang bersesuaian seperti keselamatan, kemudahan, perhubungan, pendidikan dan kesihatan telah membantu untuk memperolehi sanjungan ini.
Sebagai pemaju yang inklusif, LBS memainkan peranan penting dalam pembinaan rumah yang mampu dimiliki yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pembeli rumah. LBS percaya bahawa rakyat Malaysia patut memiliki rumah dan telah membina lebih daripada 35,000 rumah yang mampu dimiliki termasuk rumah yang di bangunkan di bawah Projek Perumahan Kerajaan.
Pada tahun ini, LBS menerima Anugerah Merit dalam kategori Starter Home – Rumah Mampu Milik Terbaik untuk Simfoni Perdana. Terletak di Perbandaran LBS Alam Perdana, Rumah bandar Simfoni Perdana menawarkan rumah yang berkualiti namun mampu dimiliki untuk penghuni menjalankan kehidupannya dengan aman dan ceria. Harga seunit Simfoni Perdana kurang daripada RM500,000.
Menambah ke dalam senarai pengiktirafannya yang mengagumkan, LBS juga telah meraih Anugerah Merit dalam kategori Skyline – Pembangunan Kediaman Bertingkat Tinggi Terbaik untuk projek Residensi Bintang Bukit Jalil.
Dengan kehadiran perumahan di kawasan yang strategik di Bukit Jalil, Residensi Bintang Bukit Jalil berjaya memikat para hakim dengan reka bentuk yang berkualiti dan kreatif, ciri-ciri terancang serta pelbagai kemudahan dalaman dan luaran yang komprehensif.
Penyampaian anugerah StarProperty.my Awards 2019 yang gemerlap tersebut telah diadakan di dewan KLCC (Grand Ballroom). Panel hakim untuk anugerah itu terdiri daripada pakar industri yang bereputasi tinggi dari bidang hartanah, reka bentuk, perundingan, arkitek dan sektor yang berkaitan.
Panel ini mengiktiraf pemaju yang menunjukkan usaha untuk mengekalkan kualiti dan standard yang tinggi, sambil menggabungkan aspek seperti elemen gaya hidup yang dianggap sebagai faktor yang dapat menambah nilai dalam industri hartanah.