Cabaran membeli-belah Petron yang sangat dinanti-nantikan, Hypermarket Sweep kembali membawa satu lagi pengalaman menarik dan menyeronokkan kepada para pelanggannya yang setia.

CABARAN membeli-belah ini akan diadakan di lima negeri iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Sabah.

Cabaran Hypermarket kini telah masuk pada musim ke-4 dan Petron bekerjasama dengan pasar raya terkemuka, Giant Malaysia Sdn Bhd, yang mempunyai rangkaian lebih daripada 150 pasar raya.

Cabaran membeli-belah ini menawarkan sejumlah hadiah bernilai RM225,000 dan 95,000 mata ganjaran Petron Miles dan AirAsia BIG.

Hypermarket Sweep bermula secara rasmi pada 14 Mac di Giant Hypermarket Stadium Shah Alam dengan 20 pasukan berlumba mengejar masa bagi mengumpul barangan bernilai RM55,000.

“Petron sangat teruja untuk mengadakan Hypermarket Sweep sekali lagi, yang merupakan salah satu daripada program kami yang memberi ganjaran kepada para pelanggan setia kami. Tahun ini, kami juga akan memberikan mata ganjaran kepada pemenang yang boleh digunakan di kedai Treats kami atau di outlet-outlet rakan kongsi kami.

Choong Kum Choy, Head of Retail and Commercial Business

“Cabaran Hypermarket Sweep ini membuktikan matlamat kami untuk memberi pelanggan lebih banyak nilai dan penjimatan melalui pengalaman kad Petron Miles yang unik,” kata Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia semasa pelancaran peraduan Sweep.

“Kami gembira Petron telah memilih Giant buat kali ketiga untuk mengadakan cabaran ini. Selain Giant Stadium Shah Alam, acara ini akan diadakan di empat tempat lain iaitu Giant Kelombong, Giant Bayan Baru, Giant Plentong dan Giant Kuantan,” kata Alfonso Roderos, Pengarah Pemasaran GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd ketika mengucapkan tahniah kepada pemenang sebelum cabaran Sweep bermula.

Semasa Cabaran Sweep yang pertama di Shah Alam, lima pemenang hadiah utama telah membawa pulang barangan runcit bernilai RM4,000 manakala sepuluh pemenang hadiah saguhati memenangi RM3,000 dan lima lagi membawa pulang barangan runcit bernilai RM1,000.

Alfonso Roderos, Marketing Director of GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd

Semua pemenang juga membawa pulang hadiah tambahan termasuk Petron Miles Points dan AirAsia BIG Points, daripada Petron Malaysia dan Air Asia.

“Kami berbangga dapat meneruskan kerjasama kami dengan Giant untuk memberi pelanggan yang juga turut merupakan pembeli di Giant, nilai dan ganjaran yang lebih baik. Kami berharap kesemua pemenang menikmati peluang dan masa yang menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan mereka dan membawa pulang pengalaman yang menggembirakan dan tidak dapat dilupakan bersama Petron,” tambah Choong.

Setiap pasukan terdiri daripada empat ahli keluarga atau rakan-rakan dan diberi dua troli membeli-belah. Pasukan ini akan berlumba melalui lorong-lorong di pasar raya untuk mengambil barangan runcit ke dalam troli mereka dalam masa lima minit.

Troli-troli ini telah dimuatkan dengan barangan runcit yang bernilai tinggi untuk keluarga mereka seperti basikal, susu tepung, barangan peribadi dan barangan harian.

Ahli Petron Miles memperoleh entri automatik apabila mereka membelanjakan RM50 pada minyak atau dengan mengaktifkan kad PMiles mereka.

Tempoh kempen berlangsung dari 10 Disember 2018 hingga 14 Februari 2019 di stesen minyak Petron yang mengambil bahagian di Malaysia. Peserta telah dipilih melalui undian dan proses penyingkiran dalam pusingan kelayakan.

Hypermarket Sweep Petron telah dilancarkan pertama kali pada tahun 2015 dengan hadiah bernilai RM50,000. Pada tahun 2016, Petron melancarkan musim kedua, dengan tawaran hadiah tiga kali ganda berjumlah RM140,000 kepada 40 pelanggan di empat lokasi iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Kota Kinabalu. Petron meneruskan musim ketiga cabaran Hypermarket Sweep 2017 dengan lebih banyak hadiah dan lokasi.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini