Pembeli Rumah di Kempen Pemilikan Rumah 2019 dapat Menikmati Tawaran Nilai sebanyak RM188,000* Melalui Program Ganjaran Yang Terbaru
LBS Bina Group Berhad (LBS) menggalakkan pembeli rumah dengan program ganjaran terbaru tahun 2019 yang bertema ‘LBS Bonus Kaw2

Program baru ini menjanjikan keistimewaan yang lebih besar untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah impian mereka di Ekspo Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2019.
Di bawah program ganjaran terbaru ini, bakal pembeli rumah yang ingin membeli hartanah LBS dapat menikmati tawaran istimewa dan pelbagai tarikan termasuk insentif sehingga RM188,000, rebat tambahan 2% untuk pembeli berulang dan insentif rujukan 1% untuk setiap rumah yang dibeli*.
LBS akan mempamerkan pelbagai tawaran di Ekspo HOC 2019 bagi memenuhi gaya hidup pembeli rumah kini yang sentiasa berubah dan menyokong seruan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah.
LBS akan berada di tapak 4079, Dewan 4, Ekspo HOC 2019 yang diadakan dari 1 hingga 3 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dari 10 pagi hingga 8 malam.
Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata, “LBS komited dalam menyokong arah tuju kerajaan untuk pemilikan rumah. Di LBS, kami bangga menjadi ‘pemaju hartanah rakyat’.

Pembangunan kami terus menikmati sambutan hangat dari pembeli rumah kerana ia memenuhi tiga kriteria penting – mampu dimiliki, ketersambungan dan komuniti.
Nilai LBS terletak dalam produk yang inovatif, siap pada tempoh yang ditetapkan, reka bentuk berkualiti, lokasi strategik dan yang lebih penting, pada struktur harga yang betul.”
Semua pembeli rumah yang membeli hartanah dalam tempoh kempen HOC 2019 akan menikmati sekurang-kurangnya 10% diskaun harga serta pengecualian duti setem pada memorandum pemindahan dan perjanjian pinjaman untuk hartanah yang memenuhi kriteria pengecualian.
“Ini pastinya peluang yang terbaik untuk pembeli rumah untuk mencari rumah impian mereka pada harga yang baik kerana pemaju-pemaju hartanah menawarkan pakej istimewa. Selain mendapat tawaran yang baik, pembeli rumah yang membeli untuk kediaman sendiri juga perlu mempertimbangkan faktor lain seperti lokasi, kemudahan dan saiz unit yang sepadan dengan gaya hidup mereka, “ katanya.
Semasa pameran selama tiga hari ini, bakal pembeli rumah mempunyai pelbagai pilihan projek hartanah LBS yang menarik dan terletak di sekitar Lembah Klang.

Hartanah utama yang akan dipamerkan termasuk rumah kediaman LBS Alam Perdana di Bandar Puncak Alam; Kita @ Cybersouth, Dengkil; Desiran Bayu dan D’ Island Residence di Puchong.
Selain itu, pembangunan bertingkat tinggi seperti Residensi Bintang Bukit Jalil di Bukit Jalil; BSP21 dan BSP Skypark di Bandar Saujana Putra; LBS SkyLake Residence di Puchong dan Zenopy Residences di Seri Kembangan, juga dipamerkan.
Sehingga kini, LBS telah menyerahkan lebih daripada 35,000 hartanah yang berkualiti dan berjaya mencapai jualan RM1.53 bilion tahun lepas, mencatatkan pertumbuhan positif tahun keempat berturut-turut.
*Tertakluk pada terma dan syarat