Perkara ini seringkali menjadi pertanyaan utama bagi pembeli baju Batik ialah bagaimana kaedah terbaik untuk menjaga batik agar sentiasa cantik seperti batik yang baharu dibeli.

PENGUSAHA batik, Bujins Batik ingin berkongsi maklumat mengenai langkah-langkah yang boleh membantu anda menjaga batik kesayangan anda.

Foto WanAhfong Europe

Bujins Batik ialah pengusaha batik Malaysia autentik yang dilukis tangan dan bertaraf premium.

Jika fabrik batik anda adalah dari jenis kain kapas (cotton), anda dianjurkan untuk mencucinya bersama pakaian yang mempunyai warna senada (iaitu warna fabrik gelap bersama fabrik gelap dan fabrik terang bersama fabrik terang.)

Anda boleh mencuci dengan mesin basuh biasa tetapi dengan menggunakan air bersuhu dingin (cold / room temperature).

Anda juga boleh mencuci batik anda dengan cucian tangan. Bahan pencuci yang digunakan hendaklah yang lembut (soft detergent).

Foto Vendimia

Untuk batik yang baru hendak pertama kali dipakai, anda disarankan untuk menambah dua kali bilasan batik tersebut bagi memastikan tiada sisa warna celupan yang luntur.

Tips Mencuci Batik Baharu

  • Jangan guna peluntur mempunyai ammonia dan peluntur keras lain
  • Selepas mencuci, guna mesin pengering dengan suhu sederhana panas atau mengeringkan di udara seperti lazimnya di Malaysia
  • Elakkan menjemur di cuaca matahari terik kerana akan memudarkan warna
  • Tidak digalakkan memintal batik yang masih basah untuk membuang air bagi mengelakkan kedutan pada tekstur batik
  • Biarkan air lebihan itu menitik di jemuran

Untuk fabrik batik yang lain seperti sutera dan kain crepe, anda dianjurkan untuk menghantar batik anda kepada Perkhidmatan Cucian Kering yang professional.

Begitu juga jika batik anda mempunyai hiasan-hiasan tambahan seperti manik-manik, butiran mutiara dan lain-lain, anda hendaklah menghantar ke perkhidmatan cucian kering professional.

Foto aimehasanStudio

Setelah kering, anda bolehlah menggosok batik anda dengan suhu yang bersesuaian dengan jenis fabrik anda. Penggunaan seterika jenis “garment steamer” atau “steam iron” tidak digalakkan.

Adalah lebih elok jika anda meletakkan satu alas kain di atas batik anda sebelum menggosok. Anda boleh memilih untuk melipatnya untuk simpanan selepas itu atau jika batik tersebut jarang dipakai, anda disarankan untuk menyimpannya di dalam beg plastik baju kedap udara untuk melindungi batik tersebut.

Yang pastinya, batik harus disimpan ditempat yang jauh dari sinaran matahari.

Semoga langkah-langkah yang dinyatakan bermanfaat untuk anda menjaga batik anda agar sentiasa cantik dan menawan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini