Proton Edar Sdn Bhd baru-baru ini menganjurkan majlis rumah terbuka yang dihadiri pelanggan dan pada masa sama meraikan kejayaan menyerahkan model terbaru Proton X70 serentak.

PROTON mengadakan sambutan rumah terbuka membabitkan 74 cawangan Proton 3S dan 4S seluruh negara pada 2 Februari lalu.

Majlis itu dihadiri pelanggan daripada pelbagai bilang bangsa dan turut diadakan sambutan tradisi Yee Sang sebagai simbolik kepada perayaan Tahun Baru Cina.

Pelanggan turut dihiburkan dengan pertunjukan Tarian Singa dan juga aktiviti lain. Sambutan Tahun Baru Cina memberi peluang kepada Proton untuk menyerahkan lebih 1,000 unit Proton X70 kepada pelanggan.

Majlis ini menjadi satu acara khas untuk meraikan model baru X70 dan pada masa sama mendidik pelanggan mengenai model baru SUV ini.

Ketika majlis itu juga, pelanggan yang menerima kenderaan masing-masing diberikan penerangan dan ciri-ciri yang ada pada X70 oleh pengurus selepas jualan di setiap cawangan bagi memahirkan pelanggan mengenai kenderaan ini.

Pelanggan yang menghadiri majlis itu turut ditanya mengenai ciri yang menarik perhatian mereka kepada Proton X70 dan maklumbalas ini akan digunakan untuk tujuan rekaan masa depan model Proton.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini