Kempen ‘Capture More with Renault’ yang ditawarkan oleh TC Euro Cars (TCEC), pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia, memberikan peluang kepada pelanggannya untuk memenangi wang tunai sehingga RM8,888, dan perlindungan sempena perayaan Tahun Baru Cina.

TAHUN Baru Cina ialah musim untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain
dengan orang yang tersayang, meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga,
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan bersuka-ria.

Capture More with Renault’ CNY Campaign

Ia juga merupakan masa untuk orang ramai menyambut tahun baharu yang melambangkan kesihatan dan panjang umur, kemakmuran dan kekayaan.

Ramai juga mengharapkan keluarga masing-masing dapat berkembang besar demi meneruskan nama keluarga mereka,” kata Kuan Kim Luen, Ketua Pegawai Eksekutif, TC Euro Cars Sdn Bhd.

“Selaras dengan pandangan ini, kempen ‘Capture More with Renault’ menandakan keinginan kami untuk memberi lebih banyak kepada pelanggan kami dengan menawarkan lebih banyak rebat ke atas kenderaan Renault, lebih banyak hadiah wang tunai serta menyediakan perlindungan tambahan kepada pelanggan dalam perjalanan mereka,” katanya.

Renault Captur

Kempen ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menguji kepandaian masing-
masing dalam peraduan ‘Guess and Win’ yang mendatangkan peluang untuk memenangi hadiah-hadiah wang tunai yang hebat.

Pemenang hadiah pertama akan membawa balik wang tunai sebanyak RM8,888, diikuti dengan hadiah kedua RM3,888 dan hadiah ketiga RM1,888.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan yang membeli kenderaan Renault dalam tempoh kempen ini boleh mengambil kesempatan untuk meneka jumlah limau mandarin yang dimasukkan ke dalam ruang but Renault Captur yang dipamerkan di 8 cawangan bilik pameran Renault di Petaling Jaya, Glenmarie, Puchong, Setia Alam – Selangor, Setapak – Kuala Lumpur, Butterworth, Ipoh dan Johor Jaya.

Renault Koleos

Tawaran menarik model-model terpilih juga disediakan sempena kempen ‘Capture More with Renault’ yang sudah berlangsung sekarang.

Renault Captur crossover dengan cas turbo yang bergaya ini boleh didapati dalam harga RM99,999 (harga normal RM105,980). Pembelian menerusi promosi turut hadir bersama pakej servis percuma selama 5 tahun atau perbatuan 100,000km (mana-mana tiba dahulu) termasuk alat ganti dan upah serta jaminan penuh pengeluar selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had.

Dengan gabungan ciri-ciri crossover bandar yang diinginkan oleh pemandu moden hari ini, Renault Captur menampilkan luaran yang ekspresif dengan warna dua ton yang angun, kerusi kulit premium berwarna hitam, tempat duduk belakang yang boleh digelongsorkan yang menawarkan lebih ruang pada bahagian but, sistem multimedia Infotainment 7-inci dengan kamera mengundur dan navigasi terbina dalam, 4 beg udara kecekapan tinggi.

Renault Captur

Renault Captur ialah model crossover yang paling laris di Eropah dengan jualan global
melebihi 940,000 unit.

Koleos, model perdana Renault juga disediakan tawaran dan ganjaran. Sempena kempen ‘Capture More with Renault’, unit terhad Koleos 2WD ditawarkan dengan harga istimewa bermula daripada RM169,840 (harga biasa RM173,840).

Apa yang lebih menarik ialah Koleos juga dilengkapi dengan jaminan pengeluar penuh selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had, serta pakej servis percuma selama 5 tahun atau perbatuan 100,000km (mana-mana tiba dahulu), termasuk alat ganti dan upah.

Renault Koleos Hands-free tailgate

Tambahan lagi, pelanggan juga akan menikmati hadiah tambahan percuma iaitu Raytech Solar and Security tint yang bernilai sehingga RM1,800.

Sebagai sebuah SUV segmen D premium, Koleos menawarkan ruang kabin yang terbesar dalam kelasnya dengan penghalusan yang setanding dengan kereta mewah dan
dilengkapi dengan enjin petrol penuh kuasa bersesaran 2.5 liter, sistem multimedia R-
LINK 2 skrin sentuh bersaiz 8.7 inci, lampu kabin LED yang boleh diubah suai, tempat
duduk dengan balutan kulit yang mewah, 6 beg udara dan sistem amaran titik buta.

Semua promosi dan harga promosi yang disenaraikan adalah untuk Semenanjung Malaysia sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Renault Koleos_Premium interior with class-leading spaciousness

Semua harga kenderaan yang dinyatakan ialah harga atas jalan tanpa insurans tetapi termasuk SST bagi Semenanjung Malaysia dan pendaftaran individu perseorangan sahaja.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini