Sistem pembelajaran dan kemudahan di sekolah agama dan tahfiz di Kemboja perlu di naik taraf bagi menarik minat kanak-kanak serta remaja untuk mendalami pelbagai ilmu termasuk bidang teknologi.

KETUA Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata demikian ketika menyumbangkan tiga buah komputer riba jenama Dell kepada sebuah sekolah yang terletak di sempadan Kemboja dan Vietnam yang dikenali sebagai Sekolah Darul Iman.

Dr Mustapha (dua dari kanan) menyerahkan laptop kepada ustaz Ramly Yusof sambil diperhatikan oleh Ustaz Hj Ismail (kanan sekali) dan wakil NGO Muslim Hj Mat Said

Komputer berkenaan diserahkan kepada gurubesar Sekolah Darul Iman, Ustaz Ramly Yusof yang turut disaksikan oleh 150 penduduk kampung termasuk pelajar sekolah terbabit.

“Saya harap sumbangan yang dibuat ini kerana mahu sekolah agama dan tahfiz terbabit bergerak ke hadapan selaras dengan perkembangan teknologi iaitu pelajar perlu didedahkan dengan ilmu bermanfaat.

“Pelajar juga harus diterapkan tentang masalah sosial yang melanda dunia khususnya gejala dadah sehingga merosakkan generasi kini, oleh itu, saya menyeru ibu bapa serta guru menitikberatkan pendidikan anak-anak.

“Guru-guru juga perlu mengambil contoh keburukan gejala dadah ini seperti merosakkan masyarakat dan melemahkan pentadbiran negara,” katanya.

Dr Mustapha berkata, ibubapa dan guru-guru diseru menitik beratkan pergaulan anak-anak mereka seperti dengan siapa mereka berkawan atau kemana dia pergi lepas sekolah dan lain lain pendekatan yang boleh mencegah anak-anak dari terbabit dalam masalah dadah ini.

Beliau berkata, anak-anak adalah pewaris kepada negara dan kita harus menanamkan nilai-nilai murni dengan memberitahu mereka mengenai kesusahan sebagai ibu bapa mencari duit untuk menyara keluarga.

“Kita mahu anak-anak berjaya untuk melanjutkan pengajian  sama ada di Universiti tempatan atau Luar Negara dan mahu melihat suatu hari nanti ada lepasan sekolah Agama /Tahfiz bukan lagi menjadi Ustaz dan Ustazah tetapi lepasan Agama boleh menjadi Doktor, Jurutera, Peguam dan pelbagai bidang profesional yang lain.

“Saya juga berharap saya dapat terus berbakti kepada masyarakat sejagat untuk bidang pendidikan supaya anak anak tidak lagi tercicir dalam bidang pendidikan manakala ibu bapa perlu berkorban untuk melihat kejayaan anak anak.

“Saya selaku NGO Antarabangsa sentiasa menyokong usaha-usaha murni para Ustaz dan guru-guru yang mahu melihat pelajar-pelajar berjaya dan menjadi insan yang berguna,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini