Meter pintar yang sedang giat dipasang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Melaka, dapat membantu pengguna merancang dan mengawal penggunaan tenaga elektrik dengan lebih efisyen.

PENGGUNA hanya perlu memuat turun aplikasi MyTNB untuk mendapat maklumat secara terperinci mengenai penggunaan elektrik mereka. Maklumat penggunaan, dalam ringgit dan sen yang diberikan setiap setengah jam itu memudahkan pengguna mengenal pasti pembaziran tenaga elektrik dan mengambil langkah pengawalan.

Kelebihan utama meter pintar adalah dari segi ketepatan maklumat pengebilan serta membolehkan pengguna mendapat maklumat bagi tujuan pengurusan perbelanjaan tenaga isi rumah.

Pemasangan meter pintar merupakan sebahagian usaha TNB memperkasa pengguna dan meningkat kepuasan pelanggan menerusi penggunaan teknologi terkini.

Penggunaan meter pintar telah dilaksanakan di Amerika Syarikat, sebahagian besar negara Eropah termasuk di Itali, Finland dan Sweden.

Manakala Austria, Denmark, Estonia, Perancis, Greece, Ireland, Latvia, Luxemburg, Malta, Belanda, Poland, Sepanyol, Romania dan United Kingdom sedang dalam proses pemasangan peralatan berkenaan.

Pertukaran kepada meter pintar juga telah dilaksanakan di negara – negara Asia seperti China, Jepun, Filipina, India, dan Korea Selatan.Antara negara-negara Arab yang sedang atau dalam proses memasang meter pintar adalah United Arab Emirates, Bahrain, Kuwait, Qatar dan Arab Saudi.

TNB sedang dalam proses memasang 340,000 meter pintar di Melaka. Ia akan disusuli dengan pemasangan 1.2 juta lagi di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, dan seterusnya  ke seluruh Semenanjung.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini